Muktamar PAS: Parti Kembali Landasan Asal – Dewan Ulama

muktamar-pas-2015-ajk-pas-pusat

Penguasaan kumpulan ulama dalam PAS memperlihatkan parti Islam itu kembali ke landasan perjuangannya yang asal, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad.

Menurut beliau barisan kepimpinan yang baharu dipilih ini juga bakal membuktikan bahawa PAS sememangnya tidak pernah melupakan dasar dan perjuangan untuk menegakkan Islam.

“Kita akan kembali semula kepada original PAS. Tak akan diungkit-ungkit lagi tentang dasar Islam.

“Tak payah diungkit tentang kita nak melaksanakan hudud kerana rujukan kita adalah al-Quran,” katanya ketika ditemui pemberita di Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, Jumaat.

Mengulas lanjut Mahfodz berkata, beliau berpuas hati dengan keputusan yang hampir menepati ‘cai’ atau senarai pilihan Dewan Ulama PAS yang dikeluarkan sehari sebelum proses pengundian berlangsung pada Khamis.

“Keputusan itu sangat memberangsangkan dan seperti yang Dewan Ulama harapkan, itulah yang berlaku.

“Jadi bila macam yang kita harapkan, suara akan bersatu. Sebab itu saya katakan ia akan memudahkan kerja Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang),” katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh senada dengan ketuanya apabila menyifatkan keputusan pemilihan PAS kali ini membuktikan bahawa akar umbi mahu supaya PAS kembali ke landasan sebenar.

“Maknanya mereka mengkehendaki supaya perjuangan PAS ini adalah perjuangan PAS untuk menegakkan Islam, untuk perjuangkan syariat Allah…itu yang kita nampak.

“InsyaAllah kita akan berganding bahu dengan semua pihak. Iaitu ulama dan profesional, saya sebenarnya tak berapa suka sebut profesional kerana ulama juga profesional,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN