GST: Peniaga, pemborong tamak jejas fungsi

NAJIB TUN RAZAK bersama isterinya, Rosmah Mansor ketika menyanyikan lagu ulang tahun Huazong dalam Majlis Makan Malam Penghargaan Huazong di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, malam tadi. Turut kelihatan Liow Tiong Lai (tiga dari kanan) dan Pheng Yin Huah (empat dari kiri)

Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar tindakan segelintir peniaga dan pemborong yang tamak dan cuba mengaut untung lebih sehingga menyebabkan berlaku kenaikan harga barang 
sejak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April lalu.

Perdana Menteri berkata, peniaga-peniaga berkenaan sengaja menaikkan harga barang dengan menggunakan alasan GST meski­pun mereka tidak lagi dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diguna pakai sebelum ini.

Tegas beliau, disebabkan tindakan tersebut, pelaksanaan GST dipersalahkan sebagai punca kenaikan harga barang sedangkan sistem percukaian itu sebenarnya lebih baik berbanding SST.

“Sesetengah peniaga dan pemborong tidak mengendahkan SST yang telah dimansuhkan, mereka tidak lagi membayar SST tetapi harga langsung tidak diturunkan.

“Mereka tetap kenakan GST, pelaksanaan polisi ini tidak salah, mereka yang bersalah, kalau GST dilaksana sebaik mungkin, cukai ini sangat baik,” katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong dan Datuk Dr. Wee Ka Siong serta Presiden Huazong, Tan Sri Pheng Yin Huah.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, dalam usaha menjadikan Malaysia lebih kompetitif dalam semua sektor, kerajaan telah membuat keputusan merendahkan kadar cukai korporat dan mengurangkan peratusan cukai pendapatan individu antara satu hingga tiga mata.

Jelas beliau, pelaksanaan itu telah memberi kemudahan kepada rakyat dan sektor perniagaan bagaimanapun kerajaan perlu mencari sumber pendapatan lain untuk menyeimbangkan ekonomi negara, justeru GST perlu dilaksanakan.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan terpaksa mengambil keputusan tidak popular dengan me­laksanakan GST kerana sistem berkenaan mampu menambah pendapatan kerajaan yang akan digunakan untuk projek-projek rakyat.

“Negara kita semakin berkembang dan rakyat dijangka mencecah 40 juta menjelang 2020, maka kerajaan perlu berbelanja lebih, lebih banyak sekolah, hospital malah anggota polis diperlukan dalam menjaga keselamatan negara.

“Dalam mencapai negara maju, azam saya adalah supaya keseimbangan sosial turut dicapai dan pencapaian itu mampan sebab itulah GST amat diperlukan,” jelasnya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN