1MDB Dapat Bayaran AS$1 Bilion Daripada IPIC

1mdb-root

1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah memeterai perjanjian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan unitnya, Aabar Investments (Aabar), membabitkan bayaran sebanyak AS$1 bilion yang akan digunakan bagi melunaskan pinjaman syarikat berkenaan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata antara ketetapan perjanjian itu adalah IPIC akan membayar AS$1 bilion pada atau sebelum 4 Jun, 2015.

Bayaran berkenaan bertujuan melunaskan pinjaman berjumlah US$975 juta (RM3.5 bilion) yang dibuat lebih awal daripada tarikh ditetapkan kepada sekumpulan peminjam bank antarabangsa.

Menurutnya, pinjaman itu turut melibatkan kaedah lain bagi pengendalian keseluruhan pelbagai aset kewangan serta transaksi liabiliti antara pihak terbabit dan butiran lanjutnya akan diumumkan kelak.

Langkah itu adalah sebahagian pelan rasionalisasi dikemukakan Ahmad Husni kepada Kabinet pagi ini yang dijangka dapat dilaksanakan menjelang awal tahun depan.

“Perjanjian ini adalah satu langkah signifikan bagi mengurangkan keseluruhan paras hutang 1MDB serta menjadi bahagian penting pelan rasionalisasi yang saya kemukakan kepada Kabinet hari ini yang kita jangka dapat dilaksanakan sepenuhnya menjelang awal tahun depan,” katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Ia menyusuli pengumuman oleh 1MDB pada Februari lepas mengenai satu rumusan kajian strategik.

“Sebagaimana yang dicapai dengan Edra Energy, ini akan menyaksikan TRX (Tun Razak Exchange) dan Bandar Malaysia diwujudkan sebagai syarikat yang berdiri sendiri, memiliki autonomi sepenuhnya serta mempunyai kebertanggungjawaban bagi prestasi operasi dan kewangannya.

“Sementara usaha berhubung Edra Energy diteruskan, Kementerian Kewangan akan terus kekal sebagai pemegang saham utama dalam TRX dan Bandar Malaysia dan melibatkan peningkatan ekuiti menerusi pelabur-pelabur pihak ketiga.

“Perolehan itu akan digunakan bagi tujuan perbelanjaan modal serta mengurangkan hutang 1MDB,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â