Tarik Sijil Halal Secret Recipe Bukan Sebab Bahan Haram – Jakim

secret-recipe-jakim-halal

Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd bukan disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk, kata Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Hakimah Mohd Yusoff.

Beliau berkata penarikan sijil bagi syarikat itu yang berkuat kuasa pada 7 Mei ialah kerana melanggar Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan dan Good Manufacturing Practice (GMP).

“Bahagian Hab Halal telah memanggil syarikat terlibat dan syarikat itu telah berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan yang dilakukan sehingga mengakibatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia mereka ditarik balik,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian bagi memberi penjelasan berhubung isu penarikan balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd berikutan kenyataan mengenainya tersebar luas di laman-laman sosial.

Hakimah berkata penarikan sijil halal itu tidak menghalang syarikat berkenaan untuk memohon semula Sijil Halal setelah tindakan pembetulan dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

“Jakim akan membuat penilaian semula terhadap permohonan tersebut berdasarkan pemeriksaan dan pematuhan ke atas Malaysia Standard 1500:2009 dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2014,” katanya.

Hakimah berkata Jakim amat memandang serius perkara itu dan mengingatkan kepada setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia agar sentiasa mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia dari semasa ke semasa.

Tindakan juga akan diambil tanpa kompromi kepada mana-mana pihak yang melakukan pelanggaran terhadap pematuhan piawaian pensijilan halal setelah memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN