DAP desak Azmin dedah gaji pegawai GLC

Adun DAP Kampung Tunku Lau Weng San

Prinsip ketelusan dan akauntabiliti yang kerap dilaungkan Mohamad Azmin Ali tercabar apabila DAP Selangor pada Isnin menggesa Menteri Besar Selangor itu segera mendedahkan gaji, elaun dan bonus pegawai atasan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Beliau didesak mendedahkan maklumat itu oleh Adun DAP Kampung Tunku Lau Weng San setelah soalan sama yang pernah diajukan kepada Azmin dalam pertanyaan bertulis di sidang DUN Selangor pada Mac lalu tidak dijawab sepenuhnya.

Menurut Weng San, jawapan yang diterima mendakwa Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) menjadi halangan butiran lanjut didedahkan.

“Saya minta kerajaan negeri percepatkan proses menjawab kerana sehingga sekarang kami belum mendapatkan apa-apa lagi makluman.

“Sekatan yang dikenakan oleh akta itu tidak berkaitan dengan soalan yang kami tanya,” katanya pada satu sidang media di lobi bangunan DUN, Selangor, Isnin.

Dalam pertanyaan bertulis kepada Azmin Mac lalu, wakil rakyat DAP itu mahu kerajaan negeri menyenaraikan gaji, elaun dan bonus kakitangan atasan GLC seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Jawapan bertulis yang diterimanya menggesa beliau mengemukakan permohonan bertulis kepada Azmin atau setiausaha dewan.

Jawapan bertulis itu turut mengingatkan beliau supaya bertanggungjawab ke atas maklumat tersebut yang tertakluk di bawah PDPA.

Weng San berkata, Seksyen 2 PDPA menjelaskan akta itu hanya terpakai kepada data peribadi berkenaan dengan transaksi komersial.

Katanya, Seksyen 3(1) akta itu juga menjelaskan ia tidak terpakai kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

“Kami bertanya tentang gaji dan bonus. Saya tidak percaya ia transaksi komersial. Ia bukan bentuk jual beli.

“Saya percaya syarikat yang dimiliki kerajaan, ia sebahagian daripada kerajaan dan tidak harus dianggap syarikat biasa.

“Ia juga perlu diumumkan kepada Adun yang bertanya soalan dalam Dewan,” katanya.

Sementara itu, Adun DAP Kinrara Ng Sze Han berkata pertanyaan bertulisnya yang mahu penjelasan Azmin mengenai jumlah bayaran kepada ahli lembaga pengarah Perbadanan Menteri Besar (MBI) turut terhalang akta sama.

“Ini isu penting dan banyak Adun bercakap mengenainya. Saya amat tidak puas hati dengan jawapan seperti ini,” ujarnya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN