Pemerdagangan Manusia: Datuk Bandar Padang Besar Antara Yang Ditangkap Pihak Berkuasa Thai

2 Kem Penyeludupan Manusia Ditemui Di Selatan Thailand

SONGKHLA (Thailand) — Pihak berkuasa Thailand mula menangkap mereka yang disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan manusia di selatan Thailand termasuk Datuk Bandar Padang Besar Banjong Phongphol.

Timbalan Polis Bahagian ke-9 Maj. Gen. Pol. Puttichat Akhachan berkata soal siasat terhadap Banjong dan dua orang pegawai polis dilakukan di Pusat Operasi Polis Bahagian ke-9, Balai Polis Hatyai.

Sebanyak 29 waran tangkap dikeluarkan selepas kes pemerdagangan manusia terbongkar berikutan penemuan mayat-mayat warga asing lebih kurang 300 meter dari sempadan Malaysia-Thailand.

Beliau berkata polis telah menyelamatkan 55 orang mangsa pemerdagangan manusia iaitu 24 orang Rohingya, 15 Bangladesh dan 16 orang lagi yang masih disiasat latar belakang mereka.

Pihak berkuasa juga menemui 33 mayat sehingga ini dan belum lagi menggali kubur-kubur lama yang disyaki tempat pengebumian 30 orang warga Rohingya yang meninggal semasa cuba merentas masuk ke Malaysia.

Kerja penggalian akan dilakukan selepas pihak berkuasa berbincang dengan pejabat Sheikul Islam dan buat masa ini, kawasan itu diisytihar kawasan larangan masuk.

Hari ini, 60 orang warga Rohingya dan Bangladesh ditemui kelaparan di Bukit Khaokeaw, kawasan sempadan daerah Hatyai dan Rattapum.

Polis mengusung mayat warga Rohingya dalam penemuan lubang kubur di kem pelarian Songkhla

Mereka ditempatkan di kawasan sekolah Ban Klongto sementara menunggu disiasat.

Dalam tempoh dua hari ini sejumlah 95 orang telah ditemui dan siasatan pihak berkuasa menunjukkan mereka menaiki kapal dari Myanmar dan tiba di wilayah Satun.

Kemudian mereka berjalan menuju ke kawasan bukit itu untuk meneruskan perjalanan menyeludup masuk ke Malaysia tetapi mereka telah ditinggalkan oleh orang tengah selepas pihak berkuasa menemui kubur di atas Bukit Khao Rup Chang, di daerah Padang Besar baru-baru ini.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â