Najib Dan Rosmah Saman Rafizi

najib-razak-isu-ekonomi
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman fitnah terhadap Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan pemilik portal ‘Media Rakyat’ Chan Chee Kong berhubung isu subsidi minyak.

Saman tersebut difailkan semalam (16 April) menerusi Tetuan Hafarizam Wan and Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dan ia diserahkan kepada Mohd Rafizi dan Chan pada Jumaat.

Menerusi writ saman, Najib dan Rosmah menamakan Mohd Rafizi sebagai defendan pertama manakala Chan, defendan kedua.

Dalam penyata tuntutan, mereka mendakwa Mohd Rafizi telah memberi ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan dengan subsidi minyak di Bandar Tun Razak pada 22 Nov 2014.

Najib dan Rosmah mendakwa ucapan Mohd Rafizi telah dirakam oleh ‘Media Rakyat’ yang kemudiannya dimuat naik oleh Chan atau pembantunya ke laman web YouTube Media Rakyat dan portal Media Rakyat di bawah tajuk ‘Rafizi Ramli: Kenapa Kita Pertahankan Subsidi Minyak’.

Mereka juga mendakwa bahawa rakaman yang sama turut dikongsi oleh Chan dalam laman facebook Media Rakyat, dengan ia boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet seluruh dunia.

Kata mereka, rakaman tersebut telah ditonton sebanyak 9,736 kali dalam laman YouTube setakat 15 April manakala terdapat 356,569 pengguna yang mengikuti facebook milik Rafizi dan 162,118 lagi dalam facebook Chan.

Najib dan Rosmah berkata Mohd Rafizi mempunyai niat supaya perkataan yang disebut olehnya diterbitkan semula oleh media massa untuk dibaca oleh orang ramai dan Mohd Rafizi bertanggungjawap dalam memfitnah mereka.

Menurut mereka lagi Chan telah gagal mengamalkan prinsip ‘responsible journalism’ atau kewartawanan bertanggungjawab kerana gagal mengambil tindakan untuk mengesahkan atau menyiasat kebenaran tuduhan yang terkandung di dalam perkataan fitnah tersebut sebelum menerbitkannya.

“Defendan-defendan mempunyai pengetahuan bahawa dengan penerbitan semula perkataan fitnah tersebut akan menyebabkan kerosakan yang teruk dan meninggalkan kesan terhadap reputasi kedua-dua plaintif,” kata mereka menerusi penyata tuntutan itu.

Najib dan Rosmah menuntut kedua-dua defendan membayar ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan yang akan ditafsir oleh mahkamah.

Mereka juga menuntut faedah ke atas ganti rugi tersebut atas kadar 5 peratus setahun daripada tarikh penerbitan sehingga tarikh penghakiman dan tarikh penyelesaian penuh.

Turut dituntut ialah satu arahan injunksi untuk menghalang Mohd Rafizi, Chan dan pembantu mereka daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah terhadap plaintif dan perintah supaya kedua-dua mereka menerbitkan permohonan maaf secara bertulis dalam surat khabar dan majalah.

Najib dan Rosmah juga menuntut satu perintah supaya Chan mengeluarkan rakaman tersebut daripada laman YouTube Media Rakyat, laman web Media Rakyat dan facebook Media Rakyat dengan serta merta daripada tarikh penghakiman.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â