Pengguna Berkuasa Menentukan Kewajaran Pembayaran Caj Perkhidmatan

caj-perkhidmatan

Hari ini genap seminggu Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dikuatkuasakan, namun masih ramai orang keliru dan tidak berpuas hati terhadap caj perkhidmatan oleh industri makanan dan minuman serta industri hospitaliti.

Ramai mempersoalkan kewajaran mengenakan caj perkhidmatan sehingga 10 peratus oleh sesetengah restoran setelah CBP dilaksanakan, menyebabkan pengguna terpaksa membuat pembayaran berganda untuk perkhidmatan yang diperoleh, iaitu caj perkhidmatan dan CBP.

Hakikatnya, caj perkhidmatan ini bukannya dikenakan dan dibayar kepada kerajaan tetapi ditentukan oleh pengusaha restoran, bergantung kepada perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan mereka. Malangnya pengguna juga terpaksa membayar caj perkhidmatan meskipun makanan atau minuman itu dibawa pulang.

Berikutan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Kewangan serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang membincangkan isu caj perkhidmatan dengan industri perhotelan baru-baru ini memutuskan restoran dan hotel tidak dibenarkan mengenakan caj perkhidmatan jika majikan dan pekerja tidak mempunyai perjanjian bersama, berkuatkuasa semalam.

Restoran juga diwajibkan mempamerkan notis jika mahu mengenakan caj perkhidmatan.

Di bawah sistem CBP, cukai jualan dan perkhidmatan dimansuhkan menjadikan kos menjalankan perniagaan dapat dikurangkan kerana CBP yang dikenakan ke atas input perniagaan dapat dituntut semula.

Secara teori, CBP pada kadar enam peratus dapat mengurangkan harga barangan dan perkhidmatan berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dikenakan sehingga 16 peratus sebelum ini.

Justeru, apakah kewajaran pihak pengusaha restoran mengenakan caj perkhidmatan sehingga 10 peratus ke atas perkhidmatan yang disediakan walaupun kebanyakan harga barang mentah merupakan pembekalan berkadar sifar?

CAJ PERKHIDMATAN PERLU DIMANSUHKAN

Menurut Penolong Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia daripada Bahagian CBP Annie Thomas, caj perkhidmatan adalah ‘tips’ yang dikenakan oleh restoran dan tidak tertakluk dalam bidang kuasa pihak kastam.

“Sebenarnya caj perkhidmatan ini telah dikenakan oleh pengusaha dari dulu lagi cuma setelah CBP dilaksanakan pengguna menjadi lebih teliti melihat resit bayaran,” jelas beliau.

Lazimnya caj perkhidmatan yang dikutip pengusaha industri hospitaliti akan diagih kepada para pekerja. Namun, tiada badan atau pihak berkuasa khusus mengawal caj perkhidmatan yang dikenakan.

Hal ini, menurut Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman menimbulkan timbul tanda tanya di kalangan pengguna sama ada jumlah kutipan caj perkhidmatan itu sebenarnya dibahagikan kepada para pekerja restoran atau sebaliknya.

“Kita tidak tahu… itu yang ramai tidak puas hati kerana bila ada CBP, caj perkhidmatan juga dikenakan, ini menjadikan pengguna dikenakan dua kali cukai.

“Ramai yang mahukan supaya caj perkhidmatan ini dimansuhkan dan keperluannya dikaji semula,” katanya.

Mohd Yusof berkata kerajaan juga perlu menyelesaikan isu siapa sebenarnya bertanggungjawab menyelia caj perkhidmatan ini.

“Tambah pula dengan pelaksanaan CBP… memang tak sesuai sebab tak banyak nilai tambah sekiranya kita pergi ke restoran makanan segera di mana kita sendiri membuat pesanan dan membawa makanan ke meja,” katanya.

HAK MEMBAYAR ADA PADA PENGGUNA

Apapun, kuasa memilih terletak pada pengguna dalam meneliti dan membeli barangan dan perkhidmatan yang benar-benar berbaloi kepada mereka.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Noorul Hassan Saul Hameed berkata peratusan caj perkhidmatan yang dikenakan bergantung kepada lokasi, keselesaan dan tahap eksklusif sesebuah restoran itu.

“Kalau nak satu suasana yang selesa dan eksklusif, anda yang memilihnya dan anda yang akan membayarnya… jangan keliru dan seterusnya kelirukan pelbagai pihak kerana caj ini tiada kaitan dengan kerajaan,” katanya.

Noorul Hassan berkata pengguna tidak tahu sekiranya hasil kutipan itu sebenarnya diberikan kepada pekerja sebagai insentif.

Lebih daripada 90 peratus restoran yang berdaftar di bawah Presma tidak mengenakan caj perkhidmatan itu.

Noorul Hassan berkata lebih daripada 12 kes dilaporkan oleh pengguna terhadap restoran sejak CBP dikuatkuasakan 1 April, dipercayai berlaku berikutan salah tafsir terhadap caj yang dikenakan.

“Sekiranya pengguna mendapati CBP dikenakan terhadap makanan yang dibeli, ini bermaksud perolehan bercukai tahunan restoran itu melebihi RM500,000. Pengguna juga patut tahu bahawa setiap bahan mentah yang diproses menjadi makanan ada nilai tambah dan akan dikenakan cukai… itu yang rakyat keliru sehingga maki hamun pihak restoran,” katanya.

Setakat ini, lebih daripada 50,000 restoran berdaftar di bawah CBP.

Industri makanan dan minuman akan menjadi lebih kompetitif dengan adanya CBP memandangkan regim cukai baharu itu membolehkan perniagaan menurunkan harga, dan pengusaha-pengusaha industri ini mendapat manfaat daripada kos pengeluaran yang lebih rendah berikutan kelebihan kredit cukai input.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hab helikopter Weststar di Melaka majukan industri aeroangkasa negara

Tarif: Trump tarik brek, saham AS melonjak; Bursa Malaysia melonjak 65 mata

Harga emas melonjak 3%, catat kenaikan terbesar dalam tempoh setahun setengah

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â