GST: Mydin serap RM15 juta kos

‘Gerenti Semua Mydin Tanggung, Harga Tak Naik!’

mydin-serap-kos-gst

MYDIN Mohamed Holdings Bhd akan menyerap kos GST sebanyak RM15 juta daripada keuntungan bulanan pasar rayanya yang dianggarkan mencecah RM300 juta bagi membantu pengguna berdepan pelaksanaan cukai itu yang bermula esok.

Malah, kata Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin, menerusi perbincangan dengan pembekal, sebanyak 1,500 daripada 3,000 pembekal Mydin telah bersetuju untuk turut menanggung kos GST berkenaan.

Menurutnya, Mydin menganggarkan akan menanggung kos sebanyak dua peratus daripada RM15 juta tersebut, diikuti dengan pembekal sebanyak dua peratus serta kebenaran menuntut kembali cukai daripada kerajaan, juga sebanyak dua peratus.

“Kita masih belum dapat menentukan secara tepat jumlah peratusan yang akan ditanggung tetapi ianya di antara dua hingga empat peratus.

“Kebanyakan pembekal yang bersetuju adalah pembekal tempatan kerana mereka memahami sentimen yang mempengaruhi jualan dan pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas lawatan Timbalan Menteri Kewangan ke Pasaraya Mydin USJ, di Subang Jaya dekat sini, hari ini.

Ameer berkata, pembekal tempatan turut memberi kerjasama baik membantu Mydin dalam mengekalkan harga barangan.

Sikap itu katanya, berbeza dengan syarikat berstatus multinasional yang didakwanya lebih menumpukan keuntungan.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan agar terus menggesa syarikat berkaitan memberi kerjasama lebih baik membantu rakyat menghadapi GST serta kos sara hidup yang tinggi.

Mengulas harga barangan, Ameer menegaskan faktor itu dipengaruhi oleh harga bahan mentah dunia dan pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya memberi jaminan tempoh harga barangan akan turun atau dinaikkan.

“Ia dipengaruhi oleh harga komoditi. Sebagai contoh harga koko telah jatuh sebanyak lima peratus, oleh itu harga barang makanan berasaskan koko tidak tidak sepatutnya naik,” katanya.

Beliau turut menasihati pengguna agar bijak dan lebih peka dengan situasi semasa dan berani menyoal jika mendapati harga sesuatu barangan itu mahal.

Selaras pelaksanaan GST mulai esok, Mydin telah melancarkan kempen ‘Gerenti Semua Mydin Tanggung, Harga Tak Naik!’ di seluruh 260 cawangannya di seluruh negara.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan berkata Kementerian Kewangan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan akan terus memantau pelaksanaan GST secara berterusan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hab helikopter Weststar di Melaka majukan industri aeroangkasa negara

Tarif: Trump tarik brek, saham AS melonjak; Bursa Malaysia melonjak 65 mata

Harga emas melonjak 3%, catat kenaikan terbesar dalam tempoh setahun setengah

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN