Pengurusan Banjir Lemah Kerana Kelantan Tidak Berkerjasama – PAC

banjir-kesan

Kegagalan kerajaan negeri Kelantan bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) merupakan antara punca pengurusan banjir di negeri itu lemah dan tidak teratur, menurut Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata dalam mesyuarat antara PAC dan majlis itu hari ini, MKN mengakui ada kelemahan dari segi perancangan pengurusan banjir berikutan timbul masalah kerjasama dengan kerajaan negeri itu.

“Sebelum ini tiada masalah kerjasama MKN dengan kerajaan negeri berkaitan banjir, tetapi tahun lalu kerjasama terputus sehingga buat pertama kalinya tiada mesyuarat koordinasi antara MKN dengan kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di Bangunan Parlimen di sini Isnin.

Nur Jazlan bagaimanapun tidak diberitahu tentang punca kerjasama itu terputus.

Anggota Parlimen Pulai itu juga memberitahu MKN juga mengakui mempunyai kelemahan dari segi pengurusan semasa banjir yang terjadi pada akhir tahun lepas susulan skala banjir yang disifatkan luar biasa.

Pada mesyuarat berkenaan, Nur Jazlan berkata PAC juga dimaklumkan cadangan persedian MKN menghadapi kemungkinan banjir tahun ini, antaranya menggunakan kaedah saintifik termasuk ramalan cuaca bagi tujuan ramalan hujan dan lokasi-lokasi banjir.

“Mereka juga akan bertindak terhadap arahan kerajaan iaitu penambahbaikan terhadap dasar dan mekanisme bencana negara, SOP (prosedur operasi standard) memang telah ada tetapi nak dikemas kini sahaja menjelang musim banjir tahun ini,” katanya.

Sementara itu, katanya hampir RM400 juta telah disalurkan kerajaan setakat ini untuk tujuan membantu mangsa terjejas banjir di beberapa negeri.

Nur Jazlan berkata jumlah berkenaan yang disalurkan melalui Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara di bawah MKN merupakan sebahagian daripada peruntukan RM785 juta dana bantuan yang terdapat dalam tabung amanah tersebut.

Memperincikan jumlah itu, katanya sebanyak RM135,000 disalurkan kepada 27 keluarga yang mengalami kehilangan nyawa anggota keluarga dalam bencana alam itu dengan setiap keluarga menerima RM5,000.

“Manakala jumlah penerima bantuan wang ihsan sebanyak RM500 ialah seramai 276,720 mangsa (RM138,360,000) dan RM145 juta bagi pembinaan sebanyak 2,094 buah rumah kekal termasuk infrasruktur rumah tersebut,” katanya.

Nur Jazlan berkata jumlah itu juga termasuk kos pembaikan rumah yang rosak sebanyak RM96 juta, bantuan pertanian sebanyak RM45 juta dan pelbagai rugi RM535,000.

Katanya peruntukan bantuan banjir kali ini dipantau oleh Jabatan Audit Negara dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengelak berlaku penyelewengan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN