Germanwings: Pembantu juruterbang sengaja junamkan pesawat

Andreas Lubitz, Pembantu Juruterbang Germanwings.

BERLIN: Tiada sistem keselamatan yang dapat melindungi syarikat penerbangan daripada tindakan seperti yang diambil pembantu juruterbang Germangwings penerbangan 4U 9525, yang mana penyiasat Perancis dakwa sengaja menjunamkan pesawat itu ke pergunungan Alps.

“Apa saja sistem keselamatan yang dimiliki sesebuah syarikat penerbangan, tidak kira sejauh mana tinggi piawainya, kes terpencil seperti ini memang tidak dapat dinafikan,” kata Carsten Spohr, Ketua Eksekutif Lufthansa, syarikat induk Germanwings.

“Tiada sistem di dunia ini yang dapat menolak kemungkinan seperti itu,” katanya dalam sidang media di sini.

Terdahulu di SYNES-LES-ALPES: Ketua Penyiasat Perancis, Brice Robin, ketika mendedahkan butiran rakaman suara kokpit pesawat itu, mendakwa pembantu juruterbang warga Jerman berusia 28 tahun, Andreas Lubitz dengan sengaja menjunamkan pesawat ke pergunungan Alps selepas mengunci juruterbang di luar kokpit.

Robin berkata, maklumat awal yang diperoleh menerusi perakam suara kokpit (CVR) mendapati Lubitz berhasrat memusnahkan pesawat berkenaan yang membawa 150 penumpang dan krew.

“Semua 144 penumpang dipercayai terkorban dan besar kemungkinan tidak menyedari apa yang berlaku dalam detik-detik terakhir sebelum pesawat terhempas.

“Pembantu juruterbang bersendirian di dalam kokpit dan enggan membenarkan juruterbang masuk,” katanya kepada pemberita.

Berdasarkan rakaman, juruterbang keluar untuk ke tandas dan melakukan beberapa percubaan untuk kembali ke kokpit dengan mengetuk pintu bertalu-talu.

Robin berkata, motif sebenar pembantu juruterbang itu tidak diketahui tetapi ia bukan berkaitan pengganas.

“Tiada petunjuk mengaitkan kejadian ini sebagai perlakuan keganasan dan Lubitz tidak mempunyai kaitan dalam aspek itu.

Bagaimanapun, Robin keberatan menggunakan istilah `bunuh diri’ dan tidak dapat menentukan punca Lubitz berbuat demikian.

“Biasanya jika anda membunuh diri, ia dilakukan bersendirian. Saya tidak fikir mengendalikan pesawat dengan 150 penumpang sebagai membunuh diri,” katanya.

Beliau berkata, pembantu juruterbang itu dengan sengaja meningkatkan kelajuan pesawat untuk turun ke kawasan pergunungan yang terkenal dengan pusat peranginan ski.

“Dia berada dalam keadaan sedar sepanjang detik itu sehingga pesawat terhempas.

“Perbuatan seperti ini memang disengajakan. Tidak mungkin anda tersilap menekan butang.

“Jika anda pengsan dalam keadaan badan menghempap butang kawalan, ia akan berpusing tanpa sebarang tindakan.

“Lubitz tidak menjawab panggilan. Dia langsung tidak berkata apa-apa. Kokpit senyap sunyi ketika pesawat menyembah bumi,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

Kerajaan Uttarakhand, India tutup Lebih 50 Madrasah ‘haram’ dalam dua minggu

Serangan ke atas penduduk Buddha Thai di Kampung Chang Tor, Narathiwat

Letupan bom berhampiran flat kediaman polis di Kok Kian, Narathiwat

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â