Video: Mahfuz Diminta Keluar Dewan Hina Menteri, Ingkar Arahan Timbalan Speaker

mahfuz-dihalau-keluar-dewan

Sesi penggulungan usul perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong peringkat Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Khamis kecoh sehingga anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar diminta keluar dewan.

Ini kerana tindakan anggota Parlimen itu yang tidak mengendahkan arahan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said dan menghina Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika menteri berkenaan menggulung perbahasan usul itu.

“Tindakan ini jangan dijadikan isu di luar dewan selepas ini. Ia dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 42. Yang pertama, tidak mengendahkan nasihat saya supaya duduk diam, lama saya biarkan….selain mengeluarkan perkataan menteri ‘bacul’. Saya dengar perkataan ini terhadap menteri (Jamil Khir).

“Dia (Mahfuz) berdegil tidak menghormati (Timbalan) Speaker dan apabila diminta duduk diam, dia tidak menghiraukan arahan saya dan bukan kerana menteri gagal jawab,” kata Ismail.

Kekecohan tercetus apabila Mahfuz membangkitkan isu Rang Undang-undang Persendirian berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata kerajaan perlu meneliti rang undang-undang tersebut sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

“Di dewan ini kita perlu tunggu dan melihat rang undang-undang untuk kita sokong ataupun tidak…bawa dulu (rang undang-undang) itu,” katanya.

Mahfuz ‘meroyan’ isu hudud tuduh menteri bacul

Provokasi melampau Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang mendesak Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan pendiriannya dan kerajaan berhubung private bill berkaitan hudud yang akan dibentang PAS mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat.

Jamil Khir ketika itu sedang menggulung titah di Raja bagi Jabatan Perdana Menteri apabila Mahfuz mencelah dan bertanyakan mengenai kelewatan kerajaan membentangkan Akta 355, Enakmen Jenayah Syariah (EJS) yang didakwanya sudah siap pindaannya.

Beliau juga mahu Jamil Khir menyatakan sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan kerajaan berhubung undang persendirian Private Members Bill yang akan dibawa Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat.

Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS terus membuat kecoh dengan penjelasan Jamil Khir bahawa perkara itu tidak dibincangkan oleh Majlis Raja-Raja yang bersidang baru-baru ini.

Kedegilan beliau mencetuskan rasa tidak puashati ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said yang berkali-kali mengarahkan Mahfuz duduk.

Beberapa ahli parlimen BN turut menjerit dan menyatakan, Mahfuz sengaja membangkitkan isu itu semata-mata mahu timbalan speakar menghalaunya supaya beliau jadi hero atau dalam isu hudud.

Selain Mahfuz, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar Mujahid Yusuf Rawa turut mendesak Jamil Khir menyatakan pendirian kerajaan berhubung hudud.

Ismail berkata, tidak ada peraturan memaksa menteri menjawab.

Pertikaman lidah itu berakhir apabila timbalan speakar mengarahkan Mahfuz diusir keluar Dewan selepas menimbulkan kekecohan hampir 20 minit.

Menurut Ismail , beliau menggunakan peraturan mesyuarat mengarahkan Mahfuz keluar Dewan dengan dua alasan utama iaitu tidak mengedahkan teguran dan nasihat malah dijawab pula Mahfuz, tidak mahu diam dan melawan arahan timbalan speaker.

Sebab kedua apabila Mahfuz menggunakan perkataan menteri bacul.

Saksikanlah sendiri perangai tidak profesional Mahfuz seolah-olah naik ‘meroyan’ terjerit-jerit bertikam lidah dengan Ismail dan Jamil Khir menerusi video berikut.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN