Pakatan Baharu Mungkin Dibentuk

pakatan baru

Keputusan PAS yang tidak mempedulikan permintaan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat bakal memperlihatkan kemungkinan pembentukan satu pakatan pembangkang baharu, kata Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Beliau berkata, kongres kebangsaan DAP yang khas akan diadakan tidak lama lagi bagi membincangkan perkara itu.

“Pada mesyuarat jawatankuasa parti negeri apda Khamis, kami semua telah bersetuju bahawa satu kongres kebangsaan yang khas akan diadakan bagi mengkaji dan membuat keputusan mengenai status PAS dalam Pakatan. Antara perbincangan itu adalah membentuk satu Pakatan baharu,” kata Nga.

Menurut Nga, rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah bukan merupakan dasar perlembagaan Pakatan Rakyat dan tidak pernah dipersetujui oleh majlis pimpinan Pakatan.

“Pindaan yang dibuat oleh kerajaan Kelantan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang persekutuan tertinggi di negara ini. Pindaan itu tidak sah,” katanya, sambil mendakwa bahawa langkah itu sebagai helah politik untuk memecahbelah Pakatan Rakyat.

Nga turut berkata, Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) negeri turut membekukan sebarang bentuk hubungan kerjasamanya dengan PAS sehingga parti Islam itu menyelesaikan masalah dalamannya pada kongres kebangsaannya pada Jun depan.

Di George Town, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyelar pemimpin PAS berhubung “ketidakjujuran, penipuan dan pengkhianatan” mereka kerana mengkhianati hubungan dalam Pakatan Rakyat selepas parti itu meluluskan pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993, di Kelantan.

Beliau yang menyifatkan PAS membelangkangi Pakatan Rakyat berkata, tindakan itu akan menentukan nasib Pakatan.

“Mereka kini beralih dalam Pakatan dan sanggup mempercayai Umno untuk melaksanakan undang-undang itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Lim berkata, parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada Isnin untuk membincangkan kedudukan dan pendirian parti berhubung tindakan PAS.

Dapsy Pulau Pinang mengumumkan pembekuan sebarang bentuk hubungan kerjasamanya dengan Dewan Pemuda PAS negeri berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pemudanya, Ng Wei Aik berkata, langkah itu adalah pendekatan terbaik dalam menunjukkan pendirian parti itu yang tidak dapat berkompromi dengan kerajaan PAS Kelantan yang terus dengan tindakan membentangkan rang undang-undang hudud.

“Kita tiada isu dengan PKR dan akan terus menyokong parti itu dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh nanti,” katanya.

Sementara itu, DAP Sarawak akan memutuskan sama ada keluar daripada Pakatan Rakyat susulan rang undang-undang berkaitan hudud itu diluluskan.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, beliau tiada pilihan kecuali mempertimbang langkah untuk keluar daripada Pakatan Rakyat.

“Namun, memandangkan ini adalah keputusan paling penting yang perlu saya lakukan sejak mengambil alih pucuk pimpinan jawatankuasa negeri pada Jun 2013, saya aka mengadakan mesyuarat untuk memutuskan perkara itu serta mendapatkan perakuan daripada jawatankuasa penuh tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pada Khamis lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu, selepas dipersetujui sebulat suara oleh kesemua 44 anggota DUN.

Semua 44 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu 31 daripada PAS, 12 Barisan Nasional (BN) dan seorang Parti Keadilan Rakyat (PKR) hadir ketika enakmen itu diluluskan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN