Ribuan Ikan Duri Mati

Ribuan Ikan Duri Mati

NIBONG TEBAL: Ribuan ikan duri ditemui mati dan terapung di permukaan air sepanjang Sungai Kerian hingga pintu air Ampang Jajar, di sini sejak dua hari lepas.

Suasana tersebut menyebabkan kawasan sekitar sungai dicemari bau busuk berikutan bangkai ikan-ikan yang sedang mereput tidak dapat hanyut ke laut kerana terhalang oleh pintu air yang ditutup.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Seri Ampangan Ahmad Furanji Shariff berkata penduduk di kawasan berkenaan hairan kerana hanya spesies ikan duri sahaja yang mati.

“Kami tidak pasti mengapa hanya ikan duri sahaja yang mati tapi nelayan di sini kata mungkin ia disebabkan pencemaran air dari anak sungai yang mengalir masuk ke Sungai Kerian.

“Penduduk di kawasan berhampiran perairan Sungai Kerian terpaksa menghidu bau busuk dan kami berharap pihak berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perikanan mengambil tindakan segera,” katanya di sini, Khamis.

Seorang penduduk Md Amin Abdullah berkata dia sekeluarga terpaksa menghidu bau busuk akibat pencemaran sungai berikutan kematian ikan duri kerana selepas dua hari ia masih belum dibersihkan.

“Bangkai ikan berkenaan timbul terapung di permukaan air dan saya harap tindakan segera dapat diambil kerana ia mengganggu keselesaan orang ramai terutama penduduk di sini,” katanya.

Supian Mohd, nelayan di kawasan berkenaan, berharap pihak berkuasa menyiasat punca sebenar kejadian itu dan mengambil tindakan terhadap pihak yang telah menyebabkan kematian ikan.

“Jika kejadian itu (kematian ikan) disebabkan tindakan manusia, saya minta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat. Ini bukan sahaja menyebabkan pencemaran sungai dan bau busuk malah turut menyebabkan bekalan ikan berkurangan,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN