Imuniti Anggota Parlimen Terbatas Peruntukan Perlembagaan Persekutuan – Pakar

nurul-izah-hina-hakim-di-parlimen

Imuniti dan keistimewaan anggota Parlimen semasa berucap atau berbahas dalam sidang Dewan Rakyat masih terbatas menerusi peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, menurut pakar undang-undang.

Menurut mereka, anggota Parlimen perlu mengelak daripada kecenderungan menghasut semasa berucap atau berbahas kerana perkara yang dilarang termasuk menghasut digariskan dengan terperinci dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pensyarah Kuliah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata di bawah Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan berkaitan ‘Keistimewaan Parlimen’, seseorang anggota Parlimen boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948, jika membuat sesuatu kenyataan yang cenderung menghasut.

“Peruntukan itu sangat jelas. Memang anggota Parlimen itu mempunyai imuniti di bawah Perkara 63(2) Perlembagaan Persektuan tetapi ia tidak terpakai apabila menyentuh atau disifatkan sebagai kesalahan di bawah Akta Hasutan,” katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kecenderungan anggota Parlimen kini yang semakin berani mengutarakan isu-isu berbaur hasutan semasa berucap atau berbahas di Dewan Rakyat.

Shamrahayu berkata walaupun sesuatu ucapan atau kenyataan itu dibuat berdasarkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, anggota Parlimen masih tidak boleh membuat ucapan yang mempunyai kecenderungan menghasut kerana perkara yang termaktub dalam Perlembagaan masih mengatasi peraturan mesyuarat itu.

Beliau berkata malah pernah anggota Parlimen diambil tindakan di bawah Akta Hasutan kerana menyentuh perkara yang berbaur hasutan di Dewan Rakyat.

“Contohnya, anggota Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Kinabalu Datuk Mark Koding telah diambil tindakan di bawah Akta Hasutan apabila menyentuh mengenai sekolah vernakular semasa berucap pada persidangan Dewan Rakyat pada Oktober1978,” katanya.

Sementara itu, peguam Shaharudin Ali berkata anggota Parlimen tidak boleh bercakap apa sahaja di Dewan Rakyat kerana mereka juga boleh dikenakan tindakan mahkamah jika tidak membataskannya.

Imuniti atau keistimewaan yang diberi kepada seseorang anggota Parlimen bukanlah sesuatu yang bersifat mutlak, total dan bebas malah mengikut Artikel 63 Perlembagaan Persekutuan ia masih mempunyai sekatan tertentu, katanya.

Shaharudin berkata Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas bermaksud bahawa tiada keistimewaan kepada anggota Parlimen daripada dikenakan tindakan mahkamah di atas apa yang diucapkan ketika persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara berdasarkan kepada empat perkara dalam perlembagaan itu.

Empat perkara tersebut ialah berhubung Perkara 153 iaitu hak istimewa orang Melayu, Perkara 152 mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Perkara 181 tentang Raja-Raja Melayu dan perkara yang tergolong kepada definisi hasutan menurut Akta Hasutan 1948.

“Maknanya jika yang dibangkitkan Ahli Parlimen itu menyentuh soal Perkara 153, 152, 181 dan hasutan di bawah Akta Hasutan, maka seseorang ahli Parlimen itu boleh diambil tindakan di mahkamah atas apa yang mereka cakap dalam Parlimen,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN