3 lelaki ditahan jalankan aktiviti paintball, senjata api tiruan tanpa lesen

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Tiga lelaki ditahan selepas polis menyerbu lokasi aktiviti paintball dan sukan rekreasi menggunakan senjata api tiruan tanpa permit di tapak Pesta Belon Udara Panas Putrajaya di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata dua lelaki berusia 20 dan 21 tahun ditahan dalam serbuan pertama yang dilakukan di lokasi aktiviti paintball pada pukul 3 petang.

“Setelah diperiksa, kedua-dua lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang permit dan lesen untuk menjalankan aktiviti paintball.

“Polis merampas enam unit senapang paintball, 21 tabung gas maker dan sembilan kotak peluru zing paintball .68 kaliber,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Abdul Razak menambah, kedua-duanya melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tanpa permit atau lesen yang sah.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali, katanya.

Abdul Razak berkata, setengah jam kemudian, polis menyerbu lokasi aktiviti sukan rekreasi yang menggunakan senjata menyerupai senjata api dan menahan seorang lelaki berumur 20 tahun.

Dalam serbuan kedua itu, polis merampas 16 laser tag Markson Sport (senjata api tiruan) dan seunit multi charger.

Katanya, lelaki berkenaan melakukan kesalahan menurut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tiruan.

Jika sabit kesalahan seseorang boleh dihukum penjara tidak lebih satu tahun atau dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Abdul Razak berkata, nilai rampasan daripada kedua-dua serbuan itu dalam lingkungan RM50,000. Ketiga-tiga lelaki yang ditahan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama dan akan didakwa di mahkamah.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN