Pembangkang dibidas canang maklumat tidak tepat penahanan Nurul Izzah

Naib Presiden PKR itu boleh didakwa dengan merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan bagi kes Datuk Mark Koding pada tahun 1982 beliau telah dikenakan tindakan pendakwaan kerana menghasut dibawah Akta hasutan walaupun ucapan beliau itu dibuat di dalam sidang Dewan Rakyat.

nurul-izzah-tahanan

Seorang Ahli Parlimen hari ini membidas sikap pembangkang yang didakwanya sengaja mencanang maklumat tidak benar berhubung penahanan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar untuk kepentingan politik mereka.

Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) berkata, puak pembangkang sengaja memutar-belit fakta apabila mendakwa siasatan polis terhadap Nurul Izzah (PKR-Lembah Pantai) bercanggah dengan kekebalan beliau sebagai Ahli Parlimen.

“Sedangkan hakikatnya tindakan Nurul Izzah sendiri tidak menghormati peraturan Dewan Rakyat semasa berbahas pada 10 Mac lalu, apabila beliau telah melanggari Seksyen 36(8) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Dewan Rakyat, hari ini.

Di bawah Seksyen 36(8), Ahli Parlimen dalam perbahasan mereka adalah dilarang menyentuh kelakuan atau sifat Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Yang di-Pertua Negeri atau hakim-hakim dan lain-lain orang yang menjalankan keadilan mahkamah atau ahli Majlis Pasukan Bersenjata.

Che Mohamad Zulkifly berkata, ucapan Nurul Izzah itu yang menyelitkan ucapan bapanya, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah ditegur Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee dan dibacakan peraturan itu.

“Malahan polis membuat siasatan terhadap Nurul Izzah setelah bekas rakannya, Zulkifli Noordin membuat laporan polis terhadap kenyataan (Ahli Parlimen) Lembah Pantai (Nurul Izzah) itu,” katanya.

Nurul Izzah yang ditahan semalam mengikut Akta Hasutan 1948 untuk membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan di ibu kota pada 7 Mac lepas dan kenyataannya pada persidangan Dewan Rakyat minggu lepas yang turut menyentuh sistem kehakiman negara, dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Che Mohamad Zulkifly berkata, hakikatnya Ahli Parlimen tidak dilindungi oleh kekebalan sebagai Ahli Parlimen seperti diperuntukkan mengikut Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Kebalnya tidak mutlak, dia (Nurul Izzah) hanya baca separuh sahaja daripada keseluruhan penerangan di bawah Perkara Perkara 63(4),” katanya.

Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan mengetepikan peruntukan di bawah Perkara 63(2) berhubung kekebalan Ahli Parlimen, membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah melakukan jenayah di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Artikel 10(4) Perlembagaan Persekutuan atau sebarang kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Nada sama turut disuarakan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) ketika mencelah perbahasan Cik Mohamad Zulkifly apabila turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan pembangkang yang mengembar-gemburkan maklumat kurang tepat itu dalam media sosial demi mencari publisiti.

“Dia (pembangkang) memperkatakan perkara yang tidak tepat dan tafsir perundangan atas kepentingan dia,” katanya.

Persidangan dewan bersambung esok.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN