Pesawat British Airways Berpatah Balik Kerana Bau Busuk Tandas

British Airways Bau Busuk Tandas

SEBUAH pesawat British Airways dalam penerbangannya ke Dubai terpaksa berpatah balik ke London hanya kerana bau busuk dari tandas di dalam kabin.

Anggota majlis perbandaran dari Hertfordshire, Abshiek Sachdev berkata, pesawat yang dinaikinya itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Heathrow di London.

Difahamkan kru kabin gagal untuk menyelesaikan “masalah” tersebut dan penerbangan terpaksa berpatah balik apabila bau busuk yang menganggu para penumpang di dalam pesawat.

Anggota majlis perbandaran di Hertfordshire, Coun Sachdev menulis di twitter: “Gila! Penerbangan British Airways yang dinaiki kami untuk ke Dubai terpaksa berpatah balik ke Heathrow kerana bau busuk di dalam tandas. 15 jam lagi untuk penerbangan berikutnya… britishairways.”

Seorang anggota majlis perbandaran Tory berkata, pesawat itu berlepas pada malam Khamis (waktu tempatan) dan kesemuanya berada di dalam keadaan baik sehingga juruterbang membuat pengumuman selepas ia terbang selama kira-kira 30 minit sewaktu merentasi Belgium.

Coun Sachdev memberitahu Mail Online: “Juruterbang membuat pengumuman dengan memanggil ketua kru kabin dan kami dapat merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku.

“Kira-kira 10 minit kemudian juruterbang itu berkata, anda mungkin menyedari bau yang kurang menyenangkan dari salah satu tandas.

“Katanya, bau busuk itu daripada cecair najis, itulah perkataan yang dia gunakan. Katanya, ia tidak ada kaitan dengan masalah teknikal pesawat, dan dia menegaskan tentang perkara itu.”

Menurut Coun Sachdev, para penumpang kemudiannya diberitahu bahawa pesawat terbabit terpaksa berpatah balik ke London atas sebab kesihatan dan keselamatan.

Beliau menaiki penerbangan itu bersama isterinya yang sedang hamil, Rupa dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, Shravani.

Dipercayai para penumpang terpaksa menunggu penerbangan yang lain selama tiga jam, tetapi akhirnya ia ditangguh sehingga 15 jam.

Coun Sachdev yang tidak duduk berhampiran tandas berkenaan berkata, para penumpang berlepas ke Dubai pada pukul 1 petang (9 malam waktu Malaysia) Jumaat.

Seorang jurucakap British Airways memberitahu akhbar Welwyn Hatfield Times: “Kami memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi para pelanggan kami.

“Kami menyediakan mereka dengan kemudahan penginapan di hotel dan telah menggantikan penerbangan lain pada hari berikutanya dengan pesawat lain.”

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

Kerajaan Uttarakhand, India tutup Lebih 50 Madrasah ‘haram’ dalam dua minggu

Serangan ke atas penduduk Buddha Thai di Kampung Chang Tor, Narathiwat

Letupan bom berhampiran flat kediaman polis di Kok Kian, Narathiwat

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â