'Cloud Juice', Air Dari Awan Di Taman Negara

Di Malaysia, air kosong dikenali popular dengan slanga ‘sky juice’. Sedikit masa lagi, mungkin anda akan mendengar istilah ‘cloud juice’ yang juga merujuk air kosong.

Jika ‘sky juice’ diperoleh daripada sumber air bawah tanah dan air paip yang dirawat, ‘cloud juice’ pula datangnya daripada air hujan yang telah melalui proses penulenan.

Dalam tempoh dua tahun lalu, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) menjalankan penyelidikan dalam penuaian air hujan dan memprosesnya menjadi air bersih, malah turut mengkaji kemungkinan pembotolan air hujan sedia diminum untuk tujuan komersial.

Pembotolan air hujan mungkin agak asing di Malaysia, tetapi tidak di beberapa negara yang menjadikan air semula jadi segar itu sebagai sumber minuman.

Di Tasmania, Australia misalnya, air hujan yang turun di King Island, dikatakan memiliki kualiti hujan terbersih di dalam dunia, dibotolkan dan dikomersilkan, bukan sahaja untuk pasaran negara itu, tetapi juga negara lain.

Mengapa tidak Malaysia yang mempunyai purata taburan hujan kira-kira 3,000mm setahun, turut memanfaatkan sumber semula jadi tersebut dengan cara sama?

YANG PERTAMA DI DALAM NEGARA

Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) Datuk Ir Ahmad Jamaluddin Shaaban, Malaysia bakal mempunyai minuman air hujan pertamanya yang dipanggil ‘Tropical Forest Cloud Juice’.

Beliau berkata nama air berkenaan diperoleh sempena dengan lokasi pengumpulan air hujan di Taman Negara, Pahang, yang memiliki udara terbersih di Malaysia.

Katanya udara yang bersih dan bebas pencemaran akan menghasilkan kualiti air hujan yang terbaik.

“Kita mahu air hujan yang benar-benar berkualiti… Taman Negara dipilih kerana ia adalah kawasan hutan dan jauh dari kawasan perindustrian… atmosferanya nyaman, bersih, unik dan amat baik sekali untuk tujuan itu,” katanya baru-baru ini.

Ahmad Jamaluddin berkata berbanding air biasa, air hujan mempunyai kelebihan, selain ia ‘segar’ dan mempunyai rasa yang unik.

Namun, hanya air hujan yang melalui teknologi tapisan sahaja yang boleh diminum memandangkan air hujan tidak ditapis terdedah kepada pencemaran.

“Ia lebih bersih dan tidak menggunakan sebarang kimia atau klorin untuk mematikan kuman, malah kandungan mineralnya juga rendah maka ia juga sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet rendah sodium,” katanya.

Masyarakat zaman dahulu juga percaya bahawa mencuci rambut dengan air hujan juga dapat membuat rambut lebih sihat dan bersinar kerana kadar keneutralan pHnya, selain bebas garam dan mineral berbahaya.

Selain itu, turut dipercayai teh yang dibancuh bersama air hujan juga dapat membangkitkan rasa sebenar teh.

DITAPIS DENGAN TEKNOLOGI TINGGI

Menjelaskan proses pembotolan air hujan, Ahmad Jamaluddin berkata air hujan yang turun akan melalui tapisan peringkat pertama bagi membuang kekotoran seperti daun-daun kering yang berada di atas bumbung sebelum dikumpul di dalam tangki pengumpulan.

“Sistem pengumpulan itu mempunyai bumbung untuk ‘menahan’ air hujan supaya ia melalui palong dan ditapis sebelum memasuki tangki… air itu kemudiannya akan dihantar ke kilang untuk dirawat dan dibotolkan,” katanya.

Beliau berkata air hujan yang dikumpul itu kemudiannya akan melalui pelbagai proses rawatan dan tapisan berteknologi tinggi termasuk ultra violet bagi membunuh kuman seperti e-coli, sebelum dibotolkan.

“Untuk merawat dan membotolkan air hujan, kita bekerjasama dengan pihak swasta… NAHRIM menyumbang daripada segi teknologi manakala pihak swasta pula dengan alat tapisan pelbagai saiz untuk merawat dan membotolkan.

“Pengumpulan air hujan sahaja yang dibuat di Taman Negara tetapi rawatan dan pembungkusan dibuat di tempat lain,” katanya, dan menambah kata NAHRIM bekerjasama dengan Jabatan Perhilitan bagi tujuan pengumpulan air hujan di Taman Negara.

MEMATUHI PIAWAIAN

Ahmad Jamaluddin berkata air hujan yang dibotolkan itu perlu melalui dan mematuhi standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk minuman berbungkus sebelum boleh dikomersilkan.

“Kajian pembotolan air hujan ini telah dijalankan sejak akhir 2012 bagi mendapatkan air mengikut piawaian… kajian sudah dibuat, teknologi juga telah ada.

“NAHRIM kini di peringkat akhir dan diharap dalam masa dua bulan lagi kita akan peroleh lesen dari KKM, dan selepas itu kita akan promosikan air botol ini,” katanya.

Ahmad Jamaluddin berkata sekiranya ‘Tropical Forest Cloud Juice’ mendapat sambutan hangat, NAHRIM bercadang untuk memvariasikan minuman itu dengan pelbagai perisa.

Katanya jika minuman itu dapat dipromosikan ke luar negara, ia bukan sahaja dapat membantu industri tempatan, malah pada masa sama memperkenalkan nama Malaysia dan Taman Negara.

Mengenai pemasaran dan harga air hujan botol itu, beliau berkata ia belum ditetapkan.

“Kalau di Tasmania, industri pembotolan air hujan mereka agak maju… cara mereka promosikan, ia dijual di segmen pasaran khusus dan harganya agak mahal.

“Tetapi di Malaysia, harga bergantung kepada permintaan pasaran, kalau syarikat itu rasakan boleh jual murah, kenapa tidak? Kita boleh pergi ke pasaran khusus dan juga pasaran biasa bergantung dengan jenis air yang dijual,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN