Anwar hilang kelayakan sebagai MP Permatang Pauh

anwar-sungai-buloh

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara automatik akan hilang kelayakan sebagai anggota parlimen mulai Selasa, berikutan parti itu tetap dengan keputusan untuk tidak memohon pengampunan Diraja bagi pembebasannya.

Perkembangan terbaharu itu memberi isyarat jelas bahawa pilihan raya kecil Permatang Pauh hampir pasti diadakan kerana kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang Anwar mungkin diisytiharkan ‘secara rasmi kosong’ tidak lama lagi.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli memberitahu media bahawa PKR tidak akan memohon pengampunan Diraja bagi pembebasan Anwar, sambil menambah bahawa tiada arahan daripada Ketua Pembangkang itu untuk berbuat demikian.

Hari ini adalah hari terakhir bagi Anwar untuk mengemukakan permohonan bagi pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Penyandang kerusi Permatang Pauh itu mempunyai tempoh 14 hari bermula daripada tarikh dia disabitkan kesalahan dan dihukum penjara kerana meliwat, untuk memfailkan petisyen bagi pengampunan tetapi setakat ini, Anwar tidak mengambil apa-apa langkah ke arah itu.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menolak rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantunya, Saiful Bahari Azlan pada 2008, dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum ini, berkata pihaknya hanya akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi parlimen Permatang Pauh, sebaik sahaja tempoh Anwar hilang kelayakan sebagai anggota parlimen berkuat kuasa.

Di bawah Fasal 4 Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, Anwar hilang kelayakan sebagai anggota parlimen hanya berkuat kuasa selepas 14 hari daripada tarikh dia disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman, iaitu esok.

Sementara itu Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi Bernama menyifatkan pengumuman Rafizi itu isyarat jelas kepada jentera parti untuk turun padang dan bekerja lebih keras bagi memastikan kemenangan parti berkenaan di kawasan tersebut.

Katanya, ini kali keenam PKR bertanding di Permatang Pauh sejak pilihan raya umum 1999 apabila presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi tersebut, selain beberapa pilihan raya kecil bagi kerusi dewan undangan negeri di kawasan parlimen berkenaan.

“Jentera parti sentiasa bersiap sedia sepanjang masa dan kita akan mula berkampung minggu ini,” katanya yang menolak desas-desus bakal menjadi calon parti itu bagi pilihan raya kecil tersebut.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN