'Harimau Makan Orang' Ditembak Mati

harimau makan orang ditembak mati

NEW DELHI: Tentera pengawal hutan menembak mati seekor ‘harimau makan orang’ di selatan India selepas haiwan itu menyerang dan membunuh seorang petani dan pekerja ladang teh, kata seorang pegawai, Khamis.

Harimau tersebut bertindak menerkam petani yang memasuki hutan di negeri Kerala awal bulan ini dan makan sebahagian besar tubuhnya, kata pegawai hutan C. Badrasamy kepada AFP.

Binatang yang sama kemudian menyerang seorang wanita yang sedang bekerja di ladang pada Sabtu, selepas harimau terbabit dilihat berkeliaran di seberang hutan negeri kejiranan Tamil Nadu, kata Badrasamy.

“Penduduk berasa panik dan marah dan mereka mula menggeledah hutan, menuntut harimau itu dibunuh serta-merta,” kata Badrasamy melalui telefon dari Tamil Nadu.

Sebuah pasukan dengan 50 orang yang terdiri daripada pegawai, konstabel dan doktor haiwan telah mengawasi seluruh hutan di Tamil Nadu.

Tetapi harimau itu berjaya melarikan diri di tengah-tengah adegan huru-hara selepas kira-kira 500 penduduk kampung berkumpul untuk melihat haiwan itu, kata Badrasamy.

Selepas itu ia sekali lagi dilihat di dalam hutan dan para pegawai cuba menggunakan senjata dart tetapi terpaksa melepaskan tembakan dengan peluru hidup pada Rabu kerana ia cuba menerkam ahli pasukan.

“Sudah tentu keutamaan kami untuk menangkap dan tidak membunuh harimau itu. Tetapi keadaan seperti menjadikan kami tidak mempunyai pilihan lain, “kata Badrasamy.

“Ia boleh menyerang orang lain selepas ini pada bila-bila masa.”

Lebih separuh dari populasi harimau liar di dunia semakin merosot dengan cepat di India menerusi bancian baru-baru ini.

“‘Harimau makan manusia’ sangat jarang berlaku. Harimau tertentu ini mungkin mempunyai beberapa kecederaan, mungkin telah kehilangan wilayahnya dan diusir, “kata Badrasamy.

Kerajaan India telah berusaha untuk mengurangkan pertembungan maut di antara harimau dan manusia, memandangkan petani sering masuk dan meneroka hutan, memaksa harimau keluar mencari air dan makanan.

Seekor lagi harimau dipercayai telah membunuhlebih 10 orang di utara India Februari lalu. Haiwan itu dipercayai masih belum dibunuh atau ditangkap.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

Kerajaan Uttarakhand, India tutup Lebih 50 Madrasah ‘haram’ dalam dua minggu

Serangan ke atas penduduk Buddha Thai di Kampung Chang Tor, Narathiwat

Letupan bom berhampiran flat kediaman polis di Kok Kian, Narathiwat

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â