Altantuya: Sirul Sudah Punyai Peluang Dedah Semuanya – KPN

Azilah Dan Sirul Dihukum Gantung

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mempersoalkan mengapa baharu sekarang bekas koperal Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Sirul Azhar mahu “memberitahu semua” sedangkan dia mempunyai tiga peringkat berbeza dalam perbicaraannya untuk melakukan perkara itu.

Khalid menyuarakan kebimbangannya terhadap pihak yang berkepentingan yang mungkin mempengaruhi Sirul untuk berbohong.

“Saya fikir masyarakat boleh membuat pertimbangan mereka sendiri berhubung perkara ini. Dia senyap selama ini. Kenapa baru sekarang nak beritahu semua?

“Saya bimbang pihak tertentu yang berkepentingan dalam perkara ini cuba untuk mempengaruhinya supaya berbohong,” katanya.

Menurut Khalid, golongan ini cuba mengambil kesempatan terhadap undang-undang ekstradisi Australia, yang tidak membenarkan negara ini membawa pulang mereka yang disabitkan hukuman mati sehingga jaminan diberikan bahawa hukuman mati tidak akan dikenakan.

“Kita tidak akan ditekankan oleh pihak ini untuk memulakan siasatan baru terhadap kes ini kerana ia tidak perlu,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Ops Selamat pada Rabu.

Sirul dan bekas Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa kerana membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 dan disabitkan atas kesalahan itu oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.

Pada 23 Ogos 013, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar berikutan rayuan itu.

Pada 13 Januari tahun ini, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mensabitkan hukuman mati.

Sirul tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu.

Dia dipercayai telah pergi ke Australia dan memasuki negara itu menggunakan visa pelancong dan pasport yang sah pada tahun lalu.

Dia ditahan oleh pegawai imigresen Australia pada 20 Januari lalu selepas Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan notis merah.

Bekas koperal itu kini ditahan di Pusat Tahanan Villawood di Sydney.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN