Mencuri Ketika Orang Bersolat

mencuri-ketika-solat

Keluarga ini menjadikan individu yang sedang bersolat sebagai sasaran untuk mereka mencuri.

Seorang lelaki, bersama dengan isteri dan anak perempuan tirnya menjadikan surau sebagai lokasi strategik untuk mereka menjalankan kegiatan haram dengan mencuri barang berharga seperti beg tangan ketika orang awam sedang khusyuk menunaikan solat.

Mereka akhirnya ditahan, dan keluarga pencuri ini dipercayai terlibat 18 kejadian curi yang berlaku di sekitar Selangor, Kuala Lumpur termasuk di Genting Highlands serta Seremban.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Mohd Yusoff Awang berkata pihak polis berjaya menahan kesemua suspek berikutan kekecohan yang berlaku dalam satu kejadian ketika suspek cuba mencuri tas tangan seorang wanita berusia 30 tahun di sebuah surau di IOI City Mall, Puchong, 2 Februari lalu.

“Dalam tas tangan milik wanita itu terdapat dompet, MyKad, kad ATM serta Iphone 5S.

“Daripada kejadian tersebut, pihak polis berjaya menjejaki kediaman keluarga suspek yang terletak di Taman Hulu Langat Jaya di Cheras,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Sepang pada Rabu.

Beliau berkata pasukan siasatan jenayah menyerbu rumah berkenaan pada pukul 11.30 pagi, 5 Februari dan menahan dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 23 hingga 47 tahun.

“Polis turut merampas 26 telefon bimbit, tujuh tablet pintar, tiga komputer riba, enam kamera, tas tangan dan barangan kemas dalam sebuah bakul.

“Polis percaya semua barangan tersebut dipercayai dicuri ,” katanya sambil menambah pasangan suami isteri yang ditahan itu turut diuji positif mengambil dadah jenis methamphetamine.

Supritendan Mohd Yusoff berkata hasil siasatan mendapati suspek terlibat dengan 18 kes kecurian namun polis percaya jumlah sebenar mungkin lebih daripada itu.

Beliau berkata antara modus operandi yang digunakan suspek ialah: Si ibu dan anak perempuannya akan pergi ke surau untuk mencari mangsa manakala suspek lelaki akan menunggu dalam kenderaan untuk memudahkan mereka melarikan diri.

“Salah seorang daripada suspek akan berpura-pura menunaikan solat sementara seorang lagi akan mencuri barangan yang dibiarkan tanpa ada orang yang menjaganya.”

Mohd Yusoff berkata ketiga-tiga suspek telah mencuri di surau kawasan rehat dan rawat (R&R) Dengkil arah Utara dan Selatan, R&R Genting Sempah, R&R Nilai, pusat beli belah Setia Alam, R&R Restoran Jejantas Sungai Buloh serta masjid di Bukit Jelutong.

Mereka juga dipercayai terlibat dengan kejadian curi di beberapa R&R di Seremban Utara dan Selatan.

Mengulas lanjut, beliau berkata si ibu merupakan individu yang dikehendaki oleh pihak polis kerana dipercayai terlibat dengan kes kemalangan maut di Melaka dan kecurian di Johor Baru sementara si ayah pula pernah ditahan kerana memiliki senjata berbahaya.

Polis telah menasihatkan agar pihak PLUS memasang kamera litar tertutup di semua surau R&R yang terlibat.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN