'Apa Khabar' Juara AJL 29

Lagu 'Apa Khabar' ciptaan Joe Flizzow dan Sonaone muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-29
Lagu ‘Apa Khabar’ ciptaan Joe Flizzow dan Sonaone muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-29

Lagu ciptaan Joe Flizzow dan Sonaone berjudul Apa Khabar muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini pada Ahad.

Dengan kemenangan lagu yang turut dinyanyikan oleh Joe Flizzow dan Sonaone itu, mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM35,000 dan sebuah trofi.

Apa Khabar berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Gilalah (Stacy), Gadis Jolobu (Datuk Hattan & Waris), Malaikat (Hazama), Romancinta (Mojo) dan Lelaki (Najwa).

Turut bertanding adalah Matahari (Hafiz Suip), Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah), Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search), Sesal Separuh Nyawa (Alyah), Percayalah (Indah Ruhaila), dan Masih Aku Cinta (Shila Amzah).

Naib juara AJL 29 menjadi milik lagu ciptaan dan nyanyian Shila Amzah berjudul Masih Aku Cinta membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Lagu Di Pintu Syurga ciptaan Tam (Spider) dan Iman Imran nyanyian Dayang Nurfaizah memenangi tempat ketiga AJL29.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga dimenangi oleh lagu Di Pintu Syurga ciptaan Tam (Spider) dan lirik oleh Iman Imran nyanyian Dayang Nurfaizah.

Mereka berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.

Dayang turut diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik pada malam itu dan membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.

Manakala persembahan bertemaga kumpulan Mojo yang menyampaikan lagu Romancinta bersama Caliph Busker melayakkan mereka menerima Persembahan Terbaik sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Ekskutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Persembahan 12 finalis AJL 29 diadili seramai 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Siti Nurhaliza, Aubrey Suwito, Faizal Tahir, Acis, Loque, Cat Farish, Azlan Abu Hassan dan Moots (Pop Shuvit).

Azmeer bertindak sebagai ketua juri pada acara itu.

Penghakiman dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

Diangkat sebagai acara muzik tahunan berprestij tempatan, AJL 29 mengangkat ‘Gema Dalam Muzik’ sebagai konsep dan tema persembahan pada tahun ini.

Hampir tiga dekad sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) bertujuan memartabatkan industri muzik tanah air terutamanya memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik.

Persembahan pembukaan acara itu turut memberikan interprestasi Gema Dalam Muzik apabila beberapa alat muzik dimainkan secara ‘battle’ oleh Black (Wings), Joe (Wings), Ujang (Exists), Rody (Kristal), Genervie dan Yanz (Letfhanded).

Datuk M.Nasir turut menyampaikan persembahan medley menerusi lagu Hati Emas dan Mentera Semerah Padi.

Enam protoge Mentor Legend iaitu Azmil, Fahmie, Tuah, Aina, Nadeera dan Sarah turut mengadakan sebuah persembahan khas bagi mengenang bencana dan musibah yang melanda negara sepanjang 2014.

Selain itu kumpulan terkenal Headwind, Tomok dan Ronnie turut memberikan persembahan pada malam itu.

AJL 29 yang disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam itu menyaksikan penampilan AG dan Scha Al-Yahya sebagai hos.

Manakala pelakon Juliana Evans dan kumpulan Titan (Bintang Mencari Bintang) diberikan mandat menemubual para finalis dalam segmen ‘backstage’.

AJL 29 dipancarkan oleh Pamoga dan Qu Puteh sebagai penaja utama dan Nu Sentral selaku penaja bersama.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

10 jenis pisang terbaik di dunia: “Pisang Mas” Malaysia menjadi juara!

Peranan penting Magnesium dalam pengurusan dan pencegahan diabetes

Mitos tentang pulut

Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â