Najib Jumpa Pemimpin Umno Bahagian, Bincang Gerak Kerja PRU

najib-gerakerja-pru-umno

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengadakan perjumpaan dengan pemimpin beberapa bahagian Umno di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Difahamkan perjumpaan bersama Presiden UMNO itu diadakan bagi melihat dan membincangkan gerak kerja jentera parti di peringkat akar umbi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Perjumpaan yang bermula kira-kira 9 pagi itu berlangsung lebih kurang tiga jam dan pemimpin bahagian yang terlibat membuat pertemuan secara bergilir.

Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Perak, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata pertemuan seumpama itu biasanya diadakan apabila menjelang pilihan raya, namun ibu pejabat UMNO telah mula bergerak agresif untuk melakukan persiapan lebih awal.

“Presiden ingin mendengar dan melihat usaha-usaha yang telah kita lakukan. Selain itu kita juga berbincang tentang masalah di peringkat bawahan, pertengahan dan atasan serta sistem penyampaian yang perlu dipertingkatkan,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Difahamkan mulai minggu ini Presiden Umno dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bergilir-gilir mengadakan perjumpaan dengan pemimpin UMNO bahagian di ibu pejabat Umno

Selain Bukit Gantang, pemimpin Umno dari beberapa bahagian lain termasuk Sepang turut bertemu Najib hari ini.

Syed Abu Hussin menyifatkan pertemuan yang turut dihadiri Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor adalah amat baik untuk meningkatkan motivasi jentera parti.

“Ia juga menunjukkan kepimpinan tertinggi benar-benar serius mengambil tahu perkembangan di peringkat akar umbi,” katanya.

Sementara itu, Tengku Adnan yang ditemui kemudian enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan tersebut.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN