Remaja fanatik peluk artis ditegur dalam Khutbah

remaja-peluk-artis

Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan yang bertajuk “Transformasi Diri” menegur sikap remaja yang didakwa fanatik dengan program hiburan yang dilihat melampau batas sehingga sanggup memeluk idola mereka di khalayak ramai.

Menurut mimbar, lebih menyedihkan ia berlaku ketika mangsa banjir di beberapa negeri berada dalam keadaan perit dan hiba.

“Kita mungkin tidak menyedari akan muslihat atau agenda yang dibawa oleh akhlak dan budaya di sebalik hiburan tersebut. Bagi mereka yang cetek pemikiran, (mereka) menganggap ia hiburan semata-mata.

“Tetapi jika dikaji dengan mendalam, kita akan menemui jawapan di sebalik persoalan, apakah nilai, adab, budaya dan moral yang dibawa oleh mereka,” menurut khutbah itu.

Sabtu lalu, gambar beberapa remaja perempuan bertudung memeluk artis K-pop B1A4 tersebar meluas di Internet dan mengundang polemik panjang sehingga ke hari ini.

Sementara itu, khutbah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga menganggap program sebegitu sebahagian daripada proses melemahkan nilai dan jati diri umat Islam serta menghancurkan pegangan Islam sebenar.

“Kejadian yang berlaku ini merupakan satu perbuatan maksiat yang serius dan berbahaya kerana melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar,” katanya.

Mimbar juga menyeru masalah itu dihapuskan sebelum menjadi barah kepada masyarakat.

“Sewajarnya pihak- pihak tertentu yang mencipta hiburan tersebut mengkaji semula rancangan mereka agar ia bersesuaian dengan corak kehidupan budaya Melayu Islam di negara kita,” menurut khutbah lagi.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN