BANJIR: Suami Isteri Disyaki Sebar Maklumat Palsu Ditahan

Ditahan kerana reka cerita mayat bergelimpangan

Mazlan (dua kiri) bersama pegawainya menunjukkan salinan maklumat palsu melalui aplikasi WhatsApp selepas menahan pasangan suami isteri semalam kerana disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir di Guchil dan Kuala Krai melalui aplikasi WhatsApp ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan

KOTA BARU: Polis Kelantan menahan sepasang suami isteri berjawatan guru kerana disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir melalui laman aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suami isteri berumur 45 dan 43 tahun itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sebuah rumah di Kodiang, Kedah, pada 12 tengah hari Sabtu.

“Suspek disyaki menyebarkan maklumat palsu melalui aplikasi WhatsApp yang kononnya ada mayat bergelimpangan di Guchil, Kuala Krai dan ia merupakan mesej yang berbaur fitnah serta palsu.

“Kedua-dua suspek bekerja sebagai guru, kita tahan suspek untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar mengenai tangkapan itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, Ahad.

Mazlan berkata, pihaknya mendapati mesej tersebut adalah palsu dan berbaur fitnah yang disebarkan melalui aplikasi tersebut.

“Sehubungan itu, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan mengesan dua suspek yang bekerja sebagai guru di Kedah. Suspek lelaki tersebut berasal dari Bachok, manakala isterinya dari Kodiang,” katanya.

Sebelum ini, seorang juruteknik dari Kuantan, Pahang ditahan selepas dipercayai menyebarkan berita palsu berkait sekatan bantuan bertujuan melekatkan label sebuah parti yang diviralkan di dalam laman sosial facebook. Suspek terbabit dibebaskan dengan jaminan polis, bagaimanapun siasatan masih diteruskan.

Untuk rekod, di Kelantan setakat semalam, polis mengesahkan sebanyak 11 kematian akibat lemas dan dua masih hilang serta sedang giat dicari.

Pengadu iaitu seorang anggota polis menerima mesej daripada aplikasi Watapps ke telefon bimbitnya berkait dakwaan tersebut sebelum maklumat palsu berkenaan disedari tersebar menjadi viral.

Mesej berbunyi,

“Ye Ila sekarang Kuala Krai dah nak surut air. Sukarelawan mula masuk tempat air surut. Banyak mayat bergelimpangan, mayat dalam rumah lagi yang mana tak sempat nak selamatkan diri. Baru dapat cerita terus dari kawan di jarak sana.

“….“Berita tv memang takkan bagitau. Tula keadaan sebenarnya yang terkini. Dasyat sungguh, dasyat sekali, gerun, ngeri dengar Subahanallah, Ya Allah. Ramai rupanya yang mati Ila yang kat atas rumah, atas bukit tu mati kelaparan, kesejukkan. Semua mayat tak dapat diuruskan, kesiannya dengar. Jalan tu lepas tu jumpa mayat budak terbiar. Tunggu air surut ni baru boleh tau ramai mana yang mati. Yang kena hayut air lagi berita dalam tv semua tak cakap.

“…..“Ya Allah, derita sungguh. Dah lebih dalam keadaan darurat. Bantuan dari heli dicampak macam tu jer dari atas. Orang tu duk berebut nak cari makan yang dicampak tu sibuk duk cari jumpa mayat bersepah-sepah kebanyakan mati budak lelaki sejuk dan lapar. Betul ke? Innalillahiwainnalillahirajion.

“….“Al-Fatihah untuk satu keluarga seramai 10 orang dipercayai lemas terperangkap dalam rumah di Guchil Kuala Krai, Kelantan. Mayat mangsa dijumpai pagi ini setelah air surut…. Sumber dari Astro Awani”,” .

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN