Berhimpun Secara Aman Bukan Hak Mutlak – Peguam

bersih-haram

Hak untuk berhimpun secara aman bukan hak mutlak tetapi tertakluk kepada sekatan demi kepentingan keselamatan persekutuan atau ketenteraman awam, Mahkamah Tinggi diberitahu pada Khamis.

Peguam Kanan Persekutuan Kamal Azira Hassan, yang mewakili kerajaan dalam saman yang difailkan terhadap bekas pengerusi bersama Bersih, Datuk S. Ambiga dan 15 orang lain, berkata perlindungan hak-hak orang lain adalah bahagian penting dalam menjalankan hak untuk berhimpun.

Beliau berhujah bahawa sekatan adalah perlu dan patut secara munasabah untuk kepentingan ketenteraman awam.

Beliau menegaskan bahawa kerosakan kepada harta orang lain susulan perhimpunan orang ramai berpotensi untuk bertukar menjadi kacau-bilau dan huru-hara.

Kamal Azira berkata demikian semasa berhujah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O’Hara.

Kamal Azira berhujah bahawa dalam apa jua keadaan, peruntukan di bawah Seksyen 6 (2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak melarang kebebasan pergerakan penganjur tetapi cuma mengenakan obligasi ke atas mereka untuk memastikan bahawa perhimpunan tidak menimbulkan kerosakan kepada harta.

Selepas kerajaan selesai menggulung penghujahan hari ini, mahkamah menetapkan 30 Jan untuk memberi keputusan.

Pada 15 Mei 2012, kerajaan memfailkan saman terhadap Ambiga dan 15 individu lain mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April, 2012 telah menyebabkan kerosakan kepada harta awam.

Dalam saman itu, ia memohon pampasan khas berjumlah hingga RM110,543.27 sebagai kos untuk membaiki kenderaan polis yang rosak, kos lain, faedah dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Ia juga memohon satu deklarasi bahawa defendan, sebagai penganjur perhimpunan Bersih 3.0, telah melanggar Seksyen 6 (2) (g) Akta Perhimpunan Aman kerana mereka berbertanggungjawab, antara lain, untuk memastikan bahawa perhimpunan tidak akan menyebabkan kerosakan kepada harta awam.

Dalam pernyataan tuntutan, kerajaan juga menyatakan bahawa perhimpunan sekitar Dataran Merdeka mula menjadi tidak terkawal apabila peserta merempuh sekatan polis.

Ia berkata pada hari itu, polis ditempatkan di sekitar kawasan untuk memastikan peserta perhimpunan tidak melanggar perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret pada 26 April, yang melarang perhimpunan daripada diadakan di Dataran Merdeka dan untuk orang awam tidak hadir di sana atau menyertai perhimpunan bantahan antara 28 April dan 1 Mei 2012.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN