BANJIR: Generasi Muda Perlu Hulur Bantuan, Bukan Sebar Berita Palsu

banjir-kelantan-musnah

Ketika kepayahan mangsa banjir terpampang di dada media seluruh negara, terdapat sesetengah pihak terutamanya generasi muda sewenang-wenangnya menggunakan media sosial untuk menyebar berita palsu mengenai bencana itu tanpa memikirkan kesannya.

Bagi pemimpin muda yang bertukus lumus membantu mangsa banjir, mereka berpendapat generasi muda sepatutnya mempunyai sikap tanggungjawab dengan hanya menyebarkan maklumat yang betul, malah mereka perlu tampil menghulur bantuan atau meminjamkan tenaga mereka dengan menjadi sukarelawan.

Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata era teknologi maklumat yang semakin canggih pada masa ini memudahkan generasi muda menyebarkan maklumat yang diperolehi.

“Kita sendiri sebagai pengguna media sosial harush mempunyai disiplin dan periksa dahulu kesahihan informasi dan maklumat yang kita perolehi sebelum kita klik untuk sebarkan.

“Ramai generasi muda ini berniat baik untuk beri maklumat kepada orang ramai tetapi periksa dahulu betul atau tidak maklumat itu, kalau kita amalkan periksa sebelum sebar saya percaya berita palsu ini dapat dikurangkan,” katanya.

Mas Ermieyati berkata generasi muda sepatutnya melihat berita palsu yang mereka sebarkan itu sebagai amat berbahaya kerana ia boleh menjadi fitnah yang memudaratkan seperti kerajaan gagal memberi bantuan mampu memberi kesan kepada kestabilan dan keharmonian negara.

“Jika rakyat percaya fitnah ini, tidak mustahil negara boleh menjadi huru hara, justeru saya menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap generasi muda yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

Pada Rabu lepas, Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata lapan individu tampil memberi keterangan dan akan memanggil 14 lagi individu untuk membantu siasatan berhubung penyebaran 10 berita palsu berkaitan banjir.

Hermy Rahim, 27, yang mengetuai sekumpulan sukarelawan muda yang telah berjaya mengumpul bantuan banjir dengan menggunakan media sosial Twitter, berkata generasi muda perlu memikirkan kesan berita palsu yang mereka sebarkan itu kepada mangsa banjir dan keluarga mereka.

“Saya sendiri pernah ke Kelantan baru-baru ini melihat kepayahan mangsa dan keluarga mereka, jika mereka yang terlibat ini membaca berita palsu yang disebar di laman sosial itu apa perasaan mereka, tidakkah terdetik perasaan kasihan di hati generasi muda ini,” katanya.

Hermy berkata mangsa banjir memerlukan pertolongan bagi kesinambungan hidup dan membina kembali hidup mereka selepas bencana itu, justeru generasi muda perlu menghulur bantuan atau turun padang membantu mangsa, bukannya berterusan menabur berita palsu memudaratkan.

Beliau bersama 13 rakannya dengan menggunakan akaun Twitter ‘twt_melaka’ berjaya mengumpulkan bantuan barangan untuk mangsa banjir minggu lepas dan sekarang sedang giat mengumpulkan barangan persekolahan serta keperluan bayi.

Presiden Kelab Kemajuan Insan Malaysia, Datuk Lawrence Ng menyeru generasi muda berfikiran positif dalam membantu mangsa banjir ini dan menggunakan media sosial bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Ada orang muda fikir mereka hanya seorang tidak boleh tolong apa-apa, jangan fikir begitu cuba tolong dahulu percayalah masukkan derma RM1 dalam tabung bantuan banjir pun satu pertolongan yang amat bagus, tahan diri kita daripada sebar berita palsu pun amat bagus juga.

“Saya dan anggota kelab pun mulanya tidak menyangka usaha kita dapat sambutan, tetapi kita buat kutipan derma di media sosial terutama Whatsapp akhirnya kita dapat kutipan amat banyak untuk mangsa banjir,” katanya.

Kelab yang ditubuhkan bagi memajukan modal insan di negara ini telah berjaya mengutip derma sebanyak RM100,000 bagi membantu mangsa banjir dan kini sedang giat mengumpul bantuan barangan keperluan asas untuk membantu mangsa bencana tersebut.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN