PAU 2014: Barisan Semut Api Puteri UMNO untuk tepis fitnah media sosial

pau-2014-muhyiddin-sayap-2

Pergerakan Puteri UMNO akan mewujudkan barisan semut api yang berperanan mengatur strategi untuk menepis propaganda, penipuan dan fitnah dalam media sosial.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata itu antara tanggungjawab sayap untuk memastikan pemikiran generasi muda bersih dan mendapat maklumat yang tepat.

“Kita dekati orang muda, kemukakan bukti dan fakta supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan propaganda yang direka pihak tidak bertanggungjawab.

“Kita ada ramai pakar teknologi maklumat dan pakar undang-undang. Jadi, kita akan gunakan teknologi digital serta media sosial untuk sanggah semua itu,” katanya berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO di PWTC Rabu.

Mas Ermieyati berkata, sifat dan cara kerja semut mengajar untuk mementingkan peradaban hidup, sikap positif dan pentingnya memandang baik dalam hidup ini.

“Semut kecil tetapi gigitan sakit, bekerja secara kumpulan, ..inilah yang saya mahu terapkan dalam barisan semut api Puteri,” katanya.

semut-api

Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan memberi perhatian kepada perniagaan online bagi memperjuangkan kepentingan wanita Melayu muda dalam sektor ekonomi.

“Kerajaan juga boleh memberi inisiatif potongan cukai serta beberapa keistimewaan khas kepada mereka sebagai galakan menceburi keusahawanan online,” katanya.

Anggota Parlimen Masjid Tanah itu berkata anggota Puteri UMNO tidak berasa ragu-ragu dalam perjuangan mempertahankan agama dan bangsa, dengan meneladani sifat sembilan srikandi Islam bernama ‘Siti’.

Sembilan Siti itu ialah isteri Rasulullah SAW iaitu Siti Khadijah yang setia dan Siti Aishah yang membantu berdakwah; Siti Fatimah (puteri Rasulullah SAW yang tinggi budi pekerti); Siti Hajar (isteri Nabi Ibrahim A.S yang patuh kepada suami) dan Siti Mariam (ibu Nabi Isa A.S yang pandai menjaga kehormatan diri.

Turut menjadi contoh Siti Asiah (isteri Firaun yang tidak gentar dengan ujian); Siti Aminah (ibu Rasulullah SAW yang mendidik baginda hingga menjadi insan mulia); Siti Zubaidah (isteri khalifah Harun Al-Rashid yang dermawan) dan Siti Muti’ah (isteri yang setia dan wanita pertama masuk ke syurga).

“Semangat dan aspirasi legasi sembilan Siti ini perlu diwarisi demi meneruskan perjuangan, mendukung serta mempertahankan parti. Mudah-mudahan kita mempunyai semangat dan aspirasi seperti mereka,” kata Mas Ermieyati.

Beliau turut mengingatkan pentingnya semua anggota Puteri Umno bekerja dalam satu pasukan untuk membantu parti tanpa mengharap ganjaran atau publisiti.

Kewujudan Puteri UMNO pada 2001, kata Mas Ermieyati, bukan sekadar tempelan kepada parti bagi menarik golongan wanita muda dan profesional menyertai UMNO.

“Pergerakan Puteri tidak boleh lagi dipandang enteng oleh masyarakat dan anggota UMNO lain. Kita bukan diwujudkan untuk menjadi penyambut tetamu, kita bukan kerani, kita bukan maskot yang hanya menjadi ‘vogue’ di pusat pengundian atau penghias sesuatu majlis.

“Kita sayap yang ‘dilahirkan’ UMNO sewaktu parti itu berusia 55 tahun dan kita adalah barisan wanita muda yang bertindak dan bergerak secara profesional di dalam parti,” kata Mas Ermieyati, yang menerajui sayap itu sejak setahun lalu.

Beliau berkata golongan wanita muda perlu memperkasakan diri dalam pembangunan ekonomi dengan menceburi bidang perniagaan dalam talian yang
merupakan trend masa kini.

Justeru, katanya, kerajaan wajar menyediakan lebih banyak inisiatif kepada wanita muda untuk bekerja dari rumah bagi menggalakkan mereka menceburi bidang keusahawanan.

Perhimpunan sayap itu dihadiri kira-kira 1,000 perwakilan terdiri daripada ketua bahagian, naib ketua bahagian, barisan exco serta pemerhati dari seluruh negara.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN