Coklat Cadbury disahkan halal – JAKIM (video)

cadbury-halal-majlis-fatwa

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan mengesahkan bahawa coklat jenama Cadbury yang dihasilkan dan dijual di Malaysia adalah halal.

Dipetik daripada laporan Wanista, Ketua Hal Ehwal Korporat Cadbury Malaysia, Raja Zalina Raja Safran berterima kasih kerana JAKIM telah menyatakan sekali lagi bahawa produk Cadbury di Malaysia telah mematuhi garis panduan halal yang ditetapkan.

“Produk Cadbury yang kami hasilkan dan jual di Malaysia adalah sentiasa halal. Apabila dakwaan palsu tentang coklat kami muncul pada bulan Mei lalu, JAKIM terus menjalankan siasatan penuh dan menguji, bukan sahaja produk-produk tersebut tetapi juga kaedah pemprosesan dan peralatan yang digunakan. Dari segi tahap kebersihan yang ketat, kualiti serta piawaian keselamatan, kami mematuhi garis panduan halal JAKIM sepenuhnya,” ujar Raja Zalina.

Malah mereka berharap agar kenyataan tersebut dapat menghapuskan segala kekeliruan dan spekulasi orang ramai dalam media termasuk media sosial tentang status halal produk mereka.

“Kami percaya pengguna Malaysia wajar mendapat maklumat yang sebenar. Mereka perlu dimaklumkan secara jujur tentang isi kandungan makanan yang mereka berikan kepada keluarga dan rakan-rakan mereka.

“Kami komited akan bertindak dengan tegas terhadap mana-mana individu atau organisasi yang terus menyebarkan maklumat palsu tentang produk-produk kami dan secara langsung tidak menghormati perasaan jutaan rakyat Malaysia yang menggemari jenama kami,” tambahnya lagi.

Pada 23 Mei lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita tentang terdapatnya kandungan DNA khinzir (porcine) yang telah dikesan dalam coklat Dairy Milk perisa kacang hazel dan kacang badam.

Sehari kemudian, pihak Cadbury Malaysia telah mengeluarkan arahan agar kesemua produk yang terjejas ditarik balik untuk tujuan penyiasatan, manakala JAKIM menarik balik sijil halal dua produk berkenaan.

KENYATAAN UMUM

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

JAKIM SAHKAN CADBURY MALAYSIA ADALAH HALAL

PUTRAJAYA, 18 November, 2014: Walaupun Cadbury Malaysia telah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) beberapa bulan lalu, kami masih menerima pertanyaan daripada masyarakat beragama Islam dan pihak peruncit tentang status Halal coklat Cadbury.

JAKIM ingin mengesahkan bahawa, Cadbury Malaysia adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal yang sah sejak tahun 2004 hingga kini. Jabatan Kimia Malaysia telah menguji produk tersebut dan Jakim telah menjalankan siasatan penuh sepertimana yang ditetapkan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Ingin ditegaskan bahawa Pensijilan Halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Pemegang sijil juga tertakluk kepada pemeriksaan berkala yang dijalankan oleh Jakim.

Para pengguna yang selama ini menggunakan produk yang mempunyai logo Halal Malaysia dinasihatkan tidak perlu bimbang kerana pemantauan terhadap pemegang Sijil Halal Malaysia dilakukan dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat pensijilan, pihak Jakim akan menggantung atau menarik balik sijil pengesahan Halal.

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan isu-isu halal, semua pihak diminta untuk merujuk melalui Portal Halal Malaysia di http://www.halal.gov.my dan tidak merujuk kepada sumber yang tidak sahih. Sebarang pertanyaan berkenaan Pensijilan Halal Malaysia boleh diajukan ke Bahagian Hab Halal, JAKIM di talian 03–8892 5000.

Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN