Perlis larang ungkapan al-Madad ya Rasulullah

dr juanda

Jawatankuasa Fatwa negeri menetapkan bahawa ungkapan al-Madad ya Rasulullah sama ada dalam doa, nyanyian qasidah, nasyid dan sebagainya tidak dibenarkan kerana boleh membawa kepada syirik.

Mufti negeri, Datuk Dr. Juanda Jaya memberitahu, ini kerana ungkapan tersebut yang membawa maksud mohon bantuan wahai Rasulullah adalah sejenis al-Istighathah dan tidak dibenarkan dalam Islam.

“Tidak boleh memohon bantuan kepada orang yang sudah meninggal dunia, begitu juga kepada Rasulullah yang telah wafat dan dalam konteks ini, kita (umat Islam) hanya boleh memohon pertolongan Allah.

“Sedangkan Rasulullah sendiri meminta supaya kita memohon bantuan daripada Allah,” kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kecenderungan generasi masa kini menyanyikan lagu-lagu qasidah atau nasyid tanpa menyedari bahawa terdapatnya unsur-unsur ungkapan al-Madad ya Rasulullah.

Kata Juanda, orang ramai perlu berhati-hati supaya tidak sesekali mengeluarkan ungkapan seumpama itu.

“Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berhubung perkara tersebut diputuskan dalam mesyuaratnya yang diadakan pada 17 November lalu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Juanda berkata, jawatankuasa berkenaan juga mengambil ketetapan bahawa pemakaian lilitan kain hitam di lengan baju berwarna putih oleh orang Islam hukumnya adalah haram kerana menyerupai adat orang kafir.

“Setiap bentuk pakaian bagi tujuan sosial atau sebagainya yang dipakai orang Islam hendaklah tidak melibatkan unsur-unsur adat keagamaan lain,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN