Noh Omar perlu letak jawatan – NGO

Tak perlulah tunggu sampai kena tukar.

sidang-media-batal-debat-noh-omar

Datuk Seri Noh Omar perlu meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor kerana terbukti beliau gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Majlis Gabungan Pertubuhan Sukarela NGO Selangor (GPSS), Datuk Mat Yasir Ikhsan berkata Noh sudah terlalu lama diberi kepercayaan mentransformasikan Umno Selangor, namun sehingga kini beliau gagal.

Justeru sudah tiba masanya untuk Noh berundur secara terhormat dan memberikan peluang kepada muka baru yang berkelayakan untuk berkhidmat kepada parti.

“Pimpinan Selangor ini sepertinya terpaksa menerima, samaada tulus ikhlas atau terpaksa menerima (Noh) kerana di Selangor ini yang tertonjol kebolehan mempimpin umno adalah Noh (sahaja). Sebab itulah fokus masih lagi pada Noh. Sebab itulah dia masih lagi diberi kepercayaan,” ujarnya ketika dihubungi Antarapos.

Mat Yasir yang juga Setiausaha Kehormat Gabungan Ikhtisas Dan Usahawan Bumiputra Anak Selangor (GIBS) berkata Noh tidak boleh hanya memberi alasan setiap kali beliau gagal memimpin Umno Selangor untuk merampas kembali negeri itu daripada pemerintahan Pakatan Rakyat.

Selangor jatuh ke tangan pembangkang sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) sehingga kini.

“Awak (Noh) boleh bagi apa sahaja alasan untuk kekalahan parti…kali pertama…kali kedua…

“Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab Noh dilihat cuba ambil tanggungjawab dengan letakkan dirinya sekali lagi sebagai ketua sehingga sekarang. Dia nampaknya belum berjaya malah tidak pernah berjaya,” tegas Mat Yasir.

Noh dan kepimpinan Umno Selangor pada Sabtu menerima tamparan apabila Najib bertindak menegur mereka dan menyifatkan pemimpin negeri itu sebagai lembab.

Najib juga tanpa berselindung mengakui bahawa beliau malu, letih, perit dan serik dengan kemelut politik UMNO Selangor sebelum ini dan berharap, perkara sedemikian tidak berlaku lagi pada masa hadapan kerana merampas Selangor mesti menjadi kemestian utama.

Noh dalam reaksinya mengakui kepimpinanya lembab dan menerima kritikan itu sebagai teguran membina untuk menggerakkan Umno Selangor dalam misi menawan negeri itu pada PRU14 kelak.

“Noh sehingga kini gagal. Memang dia banyak berusaha tapi ramai yang mahukan dia berundur secara terhormat dan beri orang lain ambil jawatan itu,” katanya.

Noh selain itu ditegur perihal mementingkan kem tertentu dalam usaha menawan kembali Selangor dan gagal membuat penambahan ahli serta pendaftaran pengundi meskipun seteru politik mereka sedang bercakaran sesama sendiri kini.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN