Husam Musa kalah saman Utusan

Husam Musa
Husam Musa

Selepas empat tahun men­dakwa difitnah, akhirnya Mah­kamah Tinggi di sini hari ini menolak tuntutan saman RM10 juta oleh Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu memfailkan saman tersebut pada 22 Februari 2010 setelah mendakwa artikel bertarikh 22 November 2009 yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia memfitnah beliau.

Hakim Datuk Su Geok Yiam dalam keputusannya ketika menolak saman Husam turut memerintahkan bekas Exco kerajaan Pas Kelantan itu membayar kos RM45,000 kepada UMMB yang diwakili peguam Mohana Kumar T.K.B.

Namun beliau tidak menyatakan sebarang alasan dalam keputusan tersebut.

Husam selaku pihak plaintif, tidak kelihatan ketika mahkamah membuat keputusan dan hanya diwakili barisan peguamnya, Ridha Abdah Subri, Dr. Zulqarnain Lukman dan Siti Maspuah Maulan.

Pihak plaintif dalam saman tersebut menamakan UMMB; wartawan, Azran Fitri Rahim; dan Pengarang Mingguan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutannya pihak plaintif mendakwa, defen­dan kedua dan ketiga berniat jahat untuk menjatuhkan dan merendahkan reputasinya ketika menulis artikel bertajuk Husam letak jawatan? Nik Aziz beri cuti lima hari untuk tenangkan fikiran.

Artikel yang disiarkan itu, menurut Husam, menggambarkan episod perpecahan dan kekusutan dalam Pas yang berbaur fitnah membawa maksud beliau mengambil kesempatan menekan orang lain, tidak jujur kepada rakan sejawatan, gemar bergaduh dan sombong.

Pernyataan fitnah itu, dakwa plaintif, telah menjatuhkan reputasi dan kredibiliti serta integri­tinya sebagai ahli politik Islam dan jawatan-jawatan lain yang disan­dangnya ketika itu selain menyebabkannya dihina, mengalami tekanan dan menerima sindiran sinis masyarakat umum serta ahli Pas.

Plaintif sehubungan itu menun­tut ganti rugi am RM5 juta, ganti rugi teruk RM2.5 juta dan ganti rugi teladan RM2.5 juta daripada pihak defendan.

Sementara itu, pihak defendan dalam pernyataan pembelaan bertarikh 7 Mei 2010 menegaskan, artikel itu ditulis dan disiarkan secara jujur dan suci hati tanpa sebarang niat jahat terhadap mana-mana pihak.

Menurut pihak defendan, pernyataan tuntutan pihak plaintif tidak mendedahkan sebarang tindakan munasabah bagi saman fitnah sebaliknya hanya tindakan remeh, mengaibkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Pihak plaintif menyatakan, khabar angin mengenai hasrat plaintif untuk meletak jawatan telah tersebar dalam kalangan ahli politik Pas, wartawan di Kota Bharu dan di laman sesawang sejak beberapa hari sebelum penerbitan artikel tersebut.

Artikel itu menurut pihak defendan sebenarnya mengandungi komen yang berpatutan yang dibuat secara jujur tanpa sebarang niat jahat atas perkara berkepentingan awam yang melibatkan politik dan kerajaan.

Nada artikel itu juga menurut pihak defendan tidak keterlaluan dan diterbitkan secara bertanggungjawab lebih-lebih lagi sebelum menulisnya, pihak defendan telah melakukan penelitian di akhbar mahupun laman sesawang mengenai isu tersebut.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN