Kes Saman 2 Juta Hadi Awang: Saksi Calon PKR Berdolak Dalih

hadi-awang-saman-2juta-3

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini menegur saksi calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin kerana bersikap berdolak dalih semasa memberi keterangannya, lapor Exco Pemuda PAS Terengganu, Faizul Abas.

saksi calon PKR, YB Azan Ismail, Pengerusi PKR Terengganu

Faizul yang mengikuti perbicaraan calon PKR saman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu melaporkan saksi calon PKR, Azan Ismail enggan menjawab secara telus soalan-soalan yang dikemukakan peguam Asmuni Ani, peguam yang mewakili Abdul Hadi.

“Hakim menegur saksi agar menjawab soalan kerana jika tidak, sampai 2 jam pun tidak habis lagi…

“Peguam defendan (Abdul Hadi) bertanya adakah nama plaintif (Mohd Shamsul) disebut oleh defendan dalam ceramahnya. YB Azan berdolak dalih …,” lapornya.

Lapornya, YB Azan yang juga Pengerusi PKR Terengganu berkata beliau yakin Abdul Hadi merujuk kepada Mohd Shamsul sebagai pengedar pil kuda kerana calon PKR itu paling muda.

“Jadi, tidak munasabah pengedar pil kuda merujuk kepada calon yang lebih tua,”katanya.

Ketika ditanya adakah mengenali calon PKR DUN Sungai Acheh, Badrul Hisham Saharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard, Azan menjawab beliau tidak mengenalinya.

Abdul Hadi ketika disoal peguam Asmuni Ani turut menafikan beliau menyebut secara spesifik siapakah calon PKR yang dimaksudkannya sebagai pengedar pil kuda itu.

Bernama hari ini turut melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu telah menetapkan 23 November depan untuk menyambung perbicaraan kes saman itu berikutan kegagalan pihak plaintif (Mohd Shamsul) mengemukakan seorang lagi saksi daripada akhbar Kosmo untuk memberi keterangan.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa

Sebelum itu, Abdul Hadi hadir di mahkamah dengan diiringi kira-kira 1,000 penyokong, untuk memberi keterangan sebagai saksi defenden.

Peguam Asmuni Awi ketika ditemui di luar mahkamah berkata dalam perbicaraan hari ini plaintif telah memanggil seorang sahaja saksi iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Azan Ismail bagi memberi keterangan.

“Sepatutnya seorang lagi plaintif daripada Kosmo, bagaimanapun tidak dapat hadir sungguhpun waran tangkap telah dikeluarkan, tapi waran tangkap tidak dapat dilaksanakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah.

Katanya selain Abdul Hadi, turut hadir memberi keterangan sebagai saksi defenden ialah ADUN Alur Limbat, Ariffin Deraman.

Pada 23 Feb lepas, Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab atau memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul pada 5 Dis tahun lalu.

Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lepas sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN