Puting beliung di Pandamaran Klang (video)

puting-beliung-pendamaran

Dua rakaman video yang mendakwa berlakunya puting beliung di Pandamaran, Klang tersebar di media sosial termasuk aplikasi whatsapp pada petang Selasa.

Menerusi rakaman berdurasi 46 saat itu menunjukkan angin kuat yang kelihatan seperti pusaran angin kecil menerbangkan atap dan serpihan lain di kawasan berkenaan.

Sebuah lagi video dimuat naik di Internet dengan tajuk ‘Ribut Di Pandamaran Klang’ yang dipercayai dirakamkan dari sebuah sekolah menunjukkan angin kuat di kawasan perumahan.

Menerusi video berdurasi 14 saat itu, beberapa benda dipercayai atap rumah berterbangan dalam kawasan pusaran angin kecil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, satu kejadian ribut telah berlaku di kawasan Pandamaran, Klang pada kira-kira pukul 2 petang Selasa.

Kamarul Zaman bagaimanapun berkata, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian itu.

Katanya, hasil tinjauan mendapati kawasan yang terjejas adalah di Kunci Air Jalan Banting Pandamaran apabila terdapat beberapa pokok tumbang dan bumbung bangunan berterbangan dibawa angin ribut.

Tambahnya, beberapa bot yang berada di jeti berhampiran turut tenggelam.

“Antara bangunan yang terlibat adalah gudang penyimpanan tong gas, Tokong Aji San, Flat PKNS dan Flat Pandamaran Damai.

“Akibat kejadian ribut yang berlaku, bekalan elektrik terputus dan pihak TNB (Tenaga Nasional Bhd) telah dihubungi berhubung perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Kamarul Zaman, tiga laporan polis berhubung kejadian telah dibuat setakat ini.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN