Sistem GST Malaysia antara terbaik dunia – KPMG

gst 1 M

Sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia, kata Ketua Serantau Asia Pasifik, China KPMG, Lachlan Wolfers.

“Jabatan Kastam Diraja Malaysia membuat persiapan yang sangat baik dan maklumat yang mereka sediakan untuk pembayar cukai adalah bertaraf dunia,” katanya pada Sidang Kemuncak Cukai KPMG Malaysia 2014 di sini hari ini.

“Mempunyai pengalaman dalam pelaksanaan GST di Australia, saya katakan Jabatan Kastam membuat persiapan yang amat baik, jika pun tidak lebih baik daripada apa yang saya lihat pada peringkat sama di Australia,” katanya.

Wolfers berkata cabaran di Australia ternyata sama dan terkandung dalam ungkapan yang mudah bahawa GST bukan hanya satu perubahan cukai, tetapi perubahan yang memberi kesan kepada perniagaan harian, dan bukan hanya pakar cukai sahaja yang perlu memahami sistem itu.

“Cabaran utamanya ialah ciri-ciri GST yang saling bergantungan, tidak cukup bagi syarikat menangani isu GST mereka sendiri, mereka perlu memahami bagaimana ia memberi kesan kepada pelanggan dan bekalan mereka.

“Mereka perlu memastikan aktiviti huluan dan hiliran mereka bersedia untuk GST dan sebab itu pendaftaran pada peringkat awal sangat penting,” kata Wolfers.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif – GST Initiative Indirect Tax Leader, Bob Kee bersetuju dengan Wolfers bahawa syarikat perlu memulakan pelaksanaan GST.

“Banyak perniagaan di Malaysia tidak memahami GST dengan baik dan bagi mereka yang menganggap memahaminya, mereka sering memandang ringan kesukaran yang terbabit,” kata Kee.

“Jika anda mengenepikan kesukaran teknikal GST, pelaksanaan sebenar boleh memakan masa dan memerlukan usaha.

“Ada banyak masa untuk membuat perubahan terhadap sistem, proses dan dokumen dan jika anda menangguhkannya lebih lama, tidak akan mempunyai masa yang cukup, berikutan pengalaman kami menunjukkan walaupun bagi perniagaan yang paling mudah, pelaksanaan GST boleh mengambil masa hingga enam bulan,” kata Kee

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hab helikopter Weststar di Melaka majukan industri aeroangkasa negara

Tarif: Trump tarik brek, saham AS melonjak; Bursa Malaysia melonjak 65 mata

Harga emas melonjak 3%, catat kenaikan terbesar dalam tempoh setahun setengah

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN