Kerajaan Digesa Tangguh Hasrat Mansuh Atau Pinda Akta Hasutan 1948

Akta Hasutan 1948

Kerajaan hari ini digesa supaya menangguhkan hasrat untuk memansuhkan atau meminda Akta Hasutan 1948 sehingga sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di negara ini benar-benar matang.

Gesaan itu terkandung dalam usul Umno Bahagian Parit Buntar, yang diluluskan sebulat suara pada persidangan perwakilan bahagian itu di sini, pada Ahad.

Usul sama juga meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus menjalankan penyiasatan dan Jabatan Peguam Negara perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang melanggar akta itu demi memelihara keamanan dan melindungi kepentingan majoriti rakyat Malaysia.

Wakil Jawatankuasa Bahagian itu Datuk Abdul Rahman Sulaiman ketika membentangkan usul itu berkata walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) pernah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 menjelang pilihan raya umum lepas, namun janji itu tidak perlu dipatuhi kerana apa yang berlaku akhir-akhir ini adalah jelas bahawa hasrat murni kerajaan itu tidak dihargai oleh pihak-pihak tertentu.

Beliau menarik perhatian tentang kecenderungan semasa kalangan tertentu yang sering mempersolkan pelbagai peruntukan khusus dalam Perlembagaan Persekutuan terutama yang berkaitan dengan isu-isu sensatif.

“Ini termasuk kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak serta hak-hak kaum lain serta kedudukan Raja-Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 152 dan 181 Perlembagaan,” katanya.

Datuk Abdul Rahman berkata oleh kerana suasana politik di Malaysia jelas belum cukup matang, maka negara masih memerlukan peraturan tertentu bagi mengawal, mengelola dan membimbing perilaku, tindakan, perbuatan, ucapan dan kenyataan pemimpin dan anggota parti politik.

Beliau bimbang sekiranya kecenderungan negatif itu tidak dibendung, ia mampu menjejaskan hubungan harmoni antara kaum yang telah wujud di negara ini sejak sekian lama.

“Selain itu, ia juga boleh mencetuskan keadaan huru hara atau pergaduhan kaum,” katanya.

Terdahulu, persidangan itu dirasmikan Menteri Besar Perak Datuk Seri DrZambry Abdul Kadir.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN