Anwar sudah tahu bakal ke penjara, sediakan amanat?

Hubungan PKR, DAP dan PAS dalam PR juga tidak semesra dahulu

ceramah-amanat-anwar
Sepanduk ceramah atau amanat Anwar yang dijadualkan di Sungai Petani, Rabu ini

Roadshow ‘Solidariti Bersama Anwar ‘ dirancang bermula 21 Oktober dan kemuncaknya berakhir 27 Oktober di Kelana Jaya – sehari sebelum kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim didengar di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober.

Ketua Pembangkang itu sebelum ini dijatuhkan hukuman lima tahun penjara apabila Mahkamah Rayuan membatalkan pembebasan kes liwatnya.

Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012, membebaskan Anwar daripada dakwaan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar didakwa melakukan liwat pada Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10pm dan 4.30pm pada 26 Jun, 2008.

Mahkamah Rayuan yang dihakimi tiga membenarkan Anwar penggantungan pelaksanaan sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Persekutuan. Beliau dibebaskan dengan jaminan RM10,000.

Pihak pendakwa juga merayu supaya Anwar dijatuhkan hukuman lebih berat.

Kesalahan liwat boleh dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun maksimum, sekaligus bakal mengakhiri kerjaya politik ahli parlimen Permatang Pauh yang kini mencecah usia 67 tahun.

Justeru itu, ada pihak menyifatkan Anwar kini dalam ‘bas terakhir’ dalam politik yang sudah diharungi dengan pelbagai cara dan ragam melalui PKR.

Maka, tidak hairan PKR cukup terkesan dengan apa yang akan dihadapi Ketua Umum mereka.

Setakat ini, DAP dan PAS banyak membisu ketika PKR sedang mengatur langkah di dalam dan di luar negara terutama di Australia bagi meraih simpati dunia terhadap hukuman bakal dihadapi Anwar.

Mungkin dua parti yang jadi sekutu PKR dalam PR sedia maklum, ada dihadapi oleh Anwar adalah masalah peribadinya dengan Saiful Bukhari dan DAP serta PAS berpendapat, mereka tidak perlu campur tangan.

Jika ada pun, tidak mustahil ia ibarat melepas batuk di tangga kerana DAP dan PAS tentu tidak mahu menjadi si luncai yang terjun dengan labunya.

Memang benar, berdasarkan jadual roadshow atau flashmob atas nama Soidariti Kepada Anwar, nama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presidden PAS Mohamad Sabu antara yang akan turut serta.

Persoalannya kini, mampukan Anwar menghimpunkan orang ramai seperti zaman Reformasi pada 1998 dahulu apabila rakyar diheret ke jalanan kerana percaya bekas timbalan perdana menteri itu menjadi mangsa poitik?.
Anwar Saiful

Meneliti landskap politik mutakhir ini, ramai percaya Anwar mahu pun PKR tidak dapat mengulangi sejarah 1998 kerana suasana politik tanah air sudah banyak berubah sejak 16 tahun dahuu.

Ia berpunca banyak sebab termasuk rakyat yang melihat bahawa PKR berjuang semata-mata untuk kepentingan Awar, keluarga dan sahabat-sahabat atau kroni sahaja.

Lihat sahaja kesan himpunan Bersih yang semakin hilang sambutan pada kali terakhir diadakan tahun lalu.

Begitu juga siri-siri demo atau protes dianjurkan pembangkang dengan sokongan NGO yang percaya Anwar boleh memberi sinar kepada rakyat tetapi hingga kini sinar itu semakin malap.

Jika dulu rakyat mungkin simpati dengan kes mata lebam termasuk DAP dan PAS, kini hubungan PKR dengan dua sekutunya itu tidak semesra dahulu.

Dahulu, orang ramai turun ke jalanan untulk serta melihat apa yang berlaku kerana negara tidak pernah berdepan reformasi jalanan sebegitu besar.

Sokongan kepada Anwar memuncak ketika itu jika diihat keputusan piihan raya umum dengan pertambahan kerusi dimenangi pembangkang berbanding Barisan Nasional.

Harapan rakyat juga memuncak pada 16 Sept 2008, melalui pelan Anwar untuk menduduki Putrajaya melalui pintu belakang.

Bagaimanapun, ia tidak berlaku sebaliknya rakyat didedahkan dengan begitu banyak pembohongan oleh Ketua Pembangkang itu termasuk isu 40 ribu pengundi Bangla yang didakwanya mengundi BN.

Terbaru, rakyat melihat ketamakkan Anwar dan PKR melalui Langkah Kajang dan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor.

Malah, ia juga cukup memberi kesan terhadap hubungan PKR, DAP dan PAS.

Sebab itu, menjelang 28 Oktober, Anwar perlu sesuatu yang lebih besar untuk meraih sokongan rakyat terhadapnya supaya langkah ke penjara Kajang tidak berlaku.

Malangnya, berdasarkan poster yang mula dipamerkan di Kedah berkaitan roadshow Solidariti Bersama Anwar –pada Rabu ini, Ketua Pembangkang itu seolah-olah memberi gambaran atau sudah tahu beliau akan ke penjara.

Jelas terpampang di poster atau sepanduk itu : Ceramah : AMANAT ANWAR IBRAHIM SEBELUM KE PENJARA.

Pihak mana pun yang menaikkan sepanduk itu tidak penting.

Apa yang jelas, Anwar sudah diberikan ruang seluas-luasnya berdepan keadilan termasuk penangguhan perbicaraan lebih 70 kali.

Andai kata, hukuman penjara lima tahun itu kekal atau ditambah, Anwar kena mengakui beliau sudah pun diberikan keAdilan sewajarnya.

Tidak perlu beliau berharap Australia mahu pun Amerika Syarikat dan rakyat Malaysia ke jalanan berjuang untuknya lagi.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN