Negara boleh huru-hara jika Akta Hasutan dimansuhkan – Musa Hassan

wpid-musa-hassan-akta-hasutan.jpg

Keamanan dan kestabilan dalam negara boleh tergugat jika Akta Hasutan 1948 dimansuhkan kerana beberapa hak serta keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan boleh dicabar.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, akta berkenaan ketika ini berperanan melindungi beberapa perkara melibatkan institusi diraja, hak dan keistimewaan bumiputera serta kebebasan bersuara.

“Saya merasakan kalau Akta Hasutan dimansuhkan, orang boleh mencabar apa-apa keistimewaan yang telah termaktub untuk bumiputera di dalam perlembagaan.

“Kalau semua ini dicabar saya rasa negara kita tidak akan aman dan boleh mendatangkan keadaan di mana keselamatannya tergugat, (sedangkan) perkara inilah yang akta ini (Akta Hasutan) tadi nak lindungi,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam rancangan Ruang Bicara Bernama TV di sini, malam ini.

Program selama satu jam yang dihoskan oleh Sherkawi Jirim, bertajuk ‘Akta Hasutan 1948’ itu turut mengundang peguam serta penganalisis politik, Hasnal Rezua Merican sebagai tetamu jemputan.

Musa berkata, akta berkenaan tidak perlu dimansuh atau diganti dengan akta baharu, namun ia boleh diubahsuai mengikut peredaran zaman dengan melakukan beberapa penambahbaikan.

“Saya merasakan kalau kita nak ubahsuai akta ini, kita membenarkan kritikan membina terhadap kerajaan. Ia tak jadi kesalahan asalkan kritikan bukan untuk hasut menggulingkan kerajaan dengan cara tak demokrasi.

“Tapi yang lain-lain berkaitan hak asasi, hak keitimewaan bumiputera, raja-raja, itu perlu kita jaga…itu penting,” katanya.

Kerajaan sebelum ini bercadang untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikan ia dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN