Sikap Sebenar DAP Terserlah Dengan Penyingkiran Iszuree

zainal-abidin-umno-penang

Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang mengeluarkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP jelas menunjukkan bahawa kebebasan menyuarakan pendapat tidak dapat diterima pakatan rakyat di negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang telah mula menunjukkan sikap sebenar mereka yang tidak boleh menerima kritikan walaupun daripada sekutu politik sendiri.

“Tindakan drastik kerajaan Pulau Pinang menggugurkan Iszuree daripada semua Jawatankuasa MPPP yang dianggotai beliau sebagai Ahli Majlis MPPP mewakili PAS Pulau Pinang Jumaat lalu tidak mengejutkan UMNO.

“DAP yang selama ini melaungkan mereka mendokong kebebasan bersuara telah mengambil pendekatan menutup mulut pengkritik sebagaimana yang dilakukan PAP Singapura terhadap pihak yang mengkritik mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, media melaporkan tindakan menyingkirkan Iszuree berikutan ucapan dasar Bendahari Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang itu pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor baru-baru ini menegur kerajaan negeri berhubung isu dasar perumahan.

Iszuree dilaporkan berkata beliau menerima surat mengeluarkannya daripada MPPP, namun surat berkenaan tidak menyatakan alasan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan itu biarpun Iszuree telah menjadi ahli majlis tersebut sejak 2010.

Surat bertarikh 26 September itu memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 25 September telah memutuskan mengeluarkan Iszuree daripada semua Jawatankuasa Tetap, MPPP yang beliau merupakan seorang ahli dan membekukan semua peruntukan.

Zainal Abidin berkata Iszuree dalam ucapan beliau di Muktamar PAS itu membangkitkan permasalahan orang Melayu Pulau Pinang serta pengusiran penduduk kampung tradisional untuk tujuan pembangunan yang banyak berlaku sejak 2008.

Beliau berkata ucapan Iszuree mewakili PAS Pulau Pinang pada Muktamar PAS itu membuktikan bahawa kedua-dua isu berkenaan benar-benar berlaku di Pulau Pinang sejak DAP menjadi kerajaan negeri dan mereka dilihat tidak bersungguh-sungguh serta ikhlas dalam menangani isu tersebut.

“Ahli Majlis MPPP mewakili PAS itu digugurkan kerana mengkritik kerajaan Pulau Pinang dan kenapa mereka (kerajaan negeri) begitu marah dengan pendedahan yang dibuat oleh Iszuree dalam ucapannya di Muktamar PAS?

“Dalam dua pilihan raya umum lepas, anggota dan penyokong PAS Pulau Pinang turut bekerja keras untuk memenangkan calon-calon DAP dan PKR, bagaimanapun Adun tunggal PAS (Datuk Mohd Saleh Man) tidak juga dilantik menjadi Exco kerajaan Pulau Pinang.

“Inilah balasan untuk kesetiaan dan pengorbanan PAS di Pulau Pinang,” katanya.

Zainal Abidin berkata UMNO Pulau Pinang turut bersimpati dengan layanan buruk yang diberikan oleh DAP kepada PAS, sama ada di Pulau Pinang mahupun di peringkat nasional.

“Beberapa hari lalu, DAP dalam satu kenyataan menerusi Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng telah menggelar empat orang Adun PAS yang juga Exco kerajaan negeri Selangor sebagai ‘pengkhianat’.

“Jadi, kami UMNO berpandangan dengan tindakan dan layanan buruk oleh DAP terhadap PAS, parti itu perlu mengkaji semula peranan mereka dalam pakatan rakyat,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN