PKR, DAP Diingatkan Agar Tidak Khianati Kerjasama – Abdul Hadi

wpid-muktamar-pas-2014-mat-sabu.jpg

BATU PAHAT: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP diingatkan supaya tidak mengkhianati tahaluf siyasi atau kerjasama politik yang dijalinkan bersama PAS.

Peringatan tegas itu dinyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ketiga-tiga sekutu Pakatan Rakyat berkenaan sekali lagi berhadapan dengan krisis politik membabitkan isu menteri besar Selangor.

“Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaluf kita, maka kita minta rakan tahaluf kita juga tidak mengkhianati tahaluf ini.

“Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, Khamis.

Sejak PKR melancarkan ‘Langkah Kajang’ untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar awal tahun ini, PAS-PKR-DAP dilihat bergelut dalam krisis berpanjangan yang belum akhir.

Sejak isu berkenaan timbul, PAS dilihat mengambil jalan bertentangan dengan PKR dan DAP terutama mengenai pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar.

Lebih memburukkan keadaan, PAS turut dituduh cuba mengkhianati kerjasamanya dalam Pakatan Rakyat bagi menjalinkan kerjasama dengan Umno dan membentuk kerajaan campuran di Selangor untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai menteri besar walaupun beliau kini merupakan wakil rakyat Bebas.

Mengulas lanjut mengenainya, Abdul Hadi sekali lagi menegaskan PAS tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Umno dan menyifatkan tuduhan itu adalah fitnah terhadap parti itu.

“Saya ingin menegaskan bahawa tohmahan kononnya PAS mahu menyertai Umno atau bergabung dengan Umno menyertai BN adalah api fitnah yang dicetus oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecah belahkan keutuhan jamaah kita.

“Namun sebagai sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan umah berasaskan tali Allah,” katanya.

Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, kerjasama politik PAS dalam Pakatan Rakyat mestilah berteraskan ajaran Islam dan bukannya menjadikan matlamat politik sebagai sasaran utama.

“Kerjasama politik bukan bermakna kita menyerap masuk ke dalam sistem lain atau parti lain sehingga hilang prinsip dan jati diri kita atau hanya menjadikan ukuran kemenangan semata-mata sebagai matlamat sehingga menghilangkan dasar parti bagi pelaksanaan Islam.

“Oleh yang demikian dengan merujuk kepada syarat-syarat tahaluf yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS serta hukum tertinggi PAS, maka PAS akan terus istiqamah dengan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat selama mana tidak berlaku pelanggaran syarat yang telah digariskan,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN