Kalau setakat nak main angka…

INI ‘game’ kalau hendak lawan angka, siapa ramai penyokong di laman sosial facebook. Bukan apa, sebab sekarang ini puak-puak pembangkang dok spin sakan kononnya mereka berjaya kumpul lebih 100,000 orang yang tuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak letak jawatan.

Al-kisahnya bila entah siapa buka akuan atas nama NGO untuk buat halaman 100,000 orang tuntut Najib Razak Letak jawatan ekoran demo Bersih.

Riuhlah puak-puak pembangkang kononnya halaman tersebut dapat sambutan, dan media-media pro mereka pun turut pukul canang.

Sayang sikit puak tu tak berani pula nak buat facebook test market video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini yang kata ramai orang patut ‘dibersihkan’ dulu oleh puak ini.

Seronoknya orang yang moralnya sangat diragui dengan bukti video yang tulen itu pun turut sama mengenakan t-shirt kuning.

Dengar cerita beruyun-duyun orang yang geli geleman tengok aksi lelaki dalam video panas tu.

Dah tu dalam menghebohkan angka mereka, tidak pula berani sebut di akaun facebook rasmi Najib, ada 787,000 ribu orang yang tekan butang ‘like’ yang boleh diterjemahkan sebagai ‘endorse’ kepimpinan Perdana Menteri itu.

“Mereka (pembangkang) hanya mahu tonjolkan yang buruk mengenai kepimpinan Najib dan menafikan atau sembunyikan maklumat mengenai yang baik.

Laman facebook yang sama mengenai Anwar hanya ada 320,600 sahaja, tidak sampai separuh dari penyokong Najib di facebook,” kata Timbalan Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO Mohd Razlan Mohd Rafii.

Menurut beliau, kalau hendak banding angka, bekas Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, satu-satunya pemimpin politik di Malaysia yang orang tekan butang ‘like’ lebih 1.3 juta.

“Ada 1,341,258 yang sokong Dr Mahathir di facebook, dan antara komen mereka adalah menyokong penuh ketegasan Dr Mahathir ketika menjadi PM dalam bab pemecatan Anwar dan isu-isu berkaitan,”kata beliau.

Beliau pelik tengok matematik yang digunakan oleh pembangkang dalam bab angka di facebook ini.

“Jumlah lebih 787,000 ribu yang sokong PM itu sebelum kita kempen, Unit Media baru boleh buat kempen besar-besaran, bukan susah. Tapi apa makna sokongan di facebook?

“Ini hanya semata-mata hendak bentuk persepsi sahaja, bagi kami yang lebih penting adalah sokongan dalam pilihan raya,”kata beliau ketika dihubungi Agendadaily.

Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau juga boleh membuka akaun di laman sosial Facebook bagi mengumpul berjuta-juta penyokong untuk mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, dakwaan pihak-pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul 100,000 penyokong di laman sosial Facebook bagi menuntut Perdana Menteri berundur bukanlah memberi gambaran sebenar majoriti rakyat negara ini.

“Saya juga boleh buat tindakan yang sama dengan mengumpul lebih tiga juta penyokong meminta supaya Perdana Menteri jangan letak jawatan..,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul beratus ribu suara rakyat yang mendesak Perdana Menteri berundur di laman sosial berkenaan pada Sabtu lepas iaitu pada hari perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur.

Menurutnya, kewujudan laman sosial itu boleh dipertikai dari segi kesahihan jumlah sebenar rakyat yang didakwa meminta Perdana Menteri supaya berundur.

Menurut beliau, tuntutan yang dibuat melalui laman sosial Facebook dan perhimpunan haram jalanan bukan cara sebenar untuk menjatuhkan kerajaan.

“Pembangkang sebenarnya mempunyai banyak masa untuk berkempen dan boleh dikatakan setiap hari mereka berkempen untuk menjatuhkan kerajaan melalui pembohongan, menyebar fitnah dan mengeksploitasi isu yang ada untuk memburukkan kerajaan.

“Antaranya ialah mereka mengeksploitasi gambar polis membuat latihan bagi menyurai dan menghadapi perhimpunan haram Bersih dengan menyebar fitnah gambar tersebut kononnya polis bertindak kejam terhadap mereka yang menyertai perhimpunan tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional Pahang mahu semua pemimpin parti komponen turun padang bagi menjelaskan segala tohmahan dan fitnah yang disebarkan pihak pembangkang.

“Rakyat dan semua pihak di peringkat akar umbi perlu diberikan penerangan yang jelas agar mereka memahami peranan serta tanggungjawab kerajaan Barisan Nasional,” katanya.-OLEH HELME HANAFI

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN