Hujan Ribut Rosakkan Sekolah, 17 Rumah di Kangar (video)

Azlan (kiri) melihat keadaan bumbung bangunan asrama lelaki yang terjatuh diterbangkan ribut di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra

KANGAR: Hujan ribut yang melanda beberapa kawasan di sini hampir setengah jam malam Ahad merosakkan beberapa bumbung bangunan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra dan 17 rumah di Kampung Sungai Bakong.

Bagaimanapun, tiada kemalangan atau kecederaan berlaku dalam kejadian itu yang bermula pukul 10 malam itu.

Tinjauan mendapati bumbung beberapa bangunan Sekolah Menengah Sains itu diterbangkan ribut dengan ada yang tersangkut atas dahan pokok dan ada yang diterbangkan sejauh lebih 50 meter.

Pengetuanya, Natrah Samat bersyukur kerana sekolah itu yang mempunyai 558 pelajar yang tinggal di asrama, semuanya selamat yang mana sebahagian besar sedang mengikuti kelas persediaan bagi menghadapi peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bumbung asrama lelaki Blok B yang didiami kira-kira 200 pelajar paling teruk terjejas termasuk silingnya runtuh manakala bumbung lain yang rosak ialah Dewan Makan, bilik muzik, garaj bas dan garaj kereta guru, katanya.

Natrah berkata, bangunan asrama yang rosak akan dikosongkan dan 94 pelajar lelaki yang tinggal di kawasan Kangar dibenar pulang ke rumah masing-masing sehingga bangunan siap dibaik pulih.

Seorang pelajar tingkatan empat, Ikhwan Samsudin berkata, hujan ribut itu agak kuat dan berlaku dengan pantas.

“Pada masa kejadian, saya sedang menjaga kelas di tingkat dua, bangunan asrama empat tingkat. Kekuatan ribut itu menyebabkan air hujan masuk ke kelas dan menumbangkan loker,” katanya.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man yang meninjau sekolah itu berkata, beliau telah menghubungi Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr Madinah Mohamad yang memberi jaminan kerja membaik pulih akan dilaksanakan segera.

“Saya turut menghubungi Jabatan Kerja Raya Perlis untuk membuat bancian kerosakan agar kerja baik pulih dilaksanakan segera. Kalau boleh saya mahu ia dilaksanakan esok. Dalam keadaan begini kita tidak boleh terikat sangat dengan prosedur,” katanya.

Azlan turut melawat Kampung Sungai Bakong kira-kira 5 kilometer dari sekolah tersebut yang dilanda bencana sama pada 10 malam tadi menyebabkan 17 rumah mengalami kerosakan teruk namun tiada yang tercedera.

Katanya, kerajaan negeri akan memberi bantuan membaik pulih rumah untuk setiap mangsa setelah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selesai membuat penilaian manakala Baitulmal turut memberi bantuan kewangan.

“Kita akan bina semula rumah yang musnah sama sekali dan yang rosak akan dibaik pulih,” kata Azlan sambil mengharapkan bantuan itu dapat disalurkan secepat mungkin.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN