Krisis MB Selangor: #KajangMove untuk ‘cuci’ PAS

kajang-move-khalid-anwar

Kasihan PAS kerana terus dibeduk rakan sekongkolnya PKR. Kali ini parti Islam itu dituduh berebut kerusi Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13 pada tahun lepas.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menggunakan forum `Kenapa Khalid Harus Berhenti’ di Dewan Perniagaan Cina Selangor malam tadi khusus untuk melondehkan PAS sambil memberi isyarat supaya parti Islam itu angkat kaki keluar dari Pakatan Rakyat (PR).

Ia dikatakan isyarat dari orang lebih atas dari Rafizi kerana budak hingusan itu membuat perancangan strategik mestilah dengan mandat bos, bukan ikut suka-suka sendiri.

Ketika PKR bergelut mahukan kerusi MB Selangor sekarang ini, Rafizi mengimbau nostalgia PRU13 dengan menelanjangi kerakusan PAS menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia jika PR berjaya menakluk Putrajaya.

“Sebulan sebelum PRU13, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar. Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sebagai perdana menteri kalau kita menang Putrajaya,” kata Rafizi.

Mengejutkan semua yang hadir, Rafizi mendedahkan itulah sebabnya PKR segera mengambil Langkah Kajang pada awal tahun ini tanpa membincangkannya terlebih dulu dengan parti Islam itu.

“Saya percaya kalau pun kita bincangkan isu ini (penyingkiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor) dengan PAS, masalah tidak akan selesai. Tengoklah, lepas enam tahun bincang pasal calon perdana menteri pun kita masih tidak berjaya mencapai kata sepakat,” kata Rafizi.

“Jawapan rasmi awal-awal semasa majlis Pakatan tahun lepas ialah kita akan buat keputusan (siapa jadi perdana menteri) selepas kita menang Putrajaya. Tapi, sebulan sebelum PRU13 tahun lepas, PAS dan pimpinan tertingginya datang kepada kita memberitahu keputusan mereka untuk mencalonkan Tengku Razaleigh,” katanya.

Pakatan tiada pilihan lain kecuali berdiam diri pada waktu itu, memandangkan mereka sedar sekiranya perkara itu tersebar, kedudukan Pakatan dalam PRU13 akan terjejas. “Sebab itu, kami tidak dapat mengumumkan calon perdana menteri sehingga ke akhirnya,” kata Rafizi.

Selepas kegagalan mengambil alih Putrajaya pada PRU13, Pakatan tidak pernah membincangkan semula perkara itu dan Rafizi percaya PAS masih tidak akan menyokong Anwar jadi perdana menteri pada masa akan datang.

“Kita kena selesaikan perkara ini sekarang, bukan empat tahun lagi. Itulah sebabnya, saya rasa kamu boleh lihat, PAS sangat berdegil dalam hal ini. Tapi, kita tidak boleh hendak menyertai PRU akan datang sekiranya kita terus biarkan isu ini tergantung.

“Mari kita betul-betul selesaikan perkara ini, bersama rakyat. Kalau PAS rasa ketidaksefahaman ini perlu tindakan serius dan segera bagi pihak mereka, terpulanglah,” katanya.

Sementara itu, AJK PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin yang turut hadir melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan Rafizi tentang keputusan pimpinan PAS menamakan veteran Umno itu sebagai calon perdana mentri.

“Walaupun saya AJK PAS Pusat, sesungguhnya saya tidak tahu langsung apa yang diceritakan Rafizi itu,” katanya kepada hadirin forum itu malam tadi.

“Kalau saya tahu, saya sudah bangkang terang-terangan. Saya mahu semua orang tahu, kami dalam PAS hendak membawa satu era politik baharu. Kita mesti faham yang rakyat memerhatikan kita, kita tidak boleh bertindak seperti 20 tahun lepas.

“Saya katakan di sini, apa yang PAS lakukan itu tidak beretika dan tidak Islamik,” katanya disambut sorakan dan tepukan hadirin.

Ahli Parlimen Sepang itu berkata, tindakan pimpinan PAS tahun lalu mencalonkan seseorang dari luar Pakatan sebagai perdana menteri adalah pengkhianatan kepada parti, rakan dan rakyat.

“Kami tidak tau. Kalau kami tahu, kalau Khalid Samad (ahli Parlimen Shah Alam) tahu, tentu kami sudah bangkang. Saya mohon maaf kepada rakan dalam Pakatan. Ia sangat tidak beretika, memalukan dan saya sangat kecewa,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan Rafizi membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Tengku Razaleigh dilantik sebagai perdana menteri jika PR menang PRU13.

“Jika dia menganggap dia adalah pengarah strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh,” kata Mustafa Ali kepada sebuah portal berita.

Beberapa pemimpin PAS lain juga marah dengan kenyataan Rafizi tetapi terikat dengan janji untuk tidak memperdebatkan isu sebelum 10 Ogos.

Malah ramai pemimpin PAS mahu membelasah Hanipa yang dilihat menyokong PKR daripada partinya sendiri. Ramai juga tertanya-tanya apakah Hanipa akan menyertai PKR jika majoriti Adun PAS Selangor bergabung dengan UMNO.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN