Krisis MB Selangor: BN Selangor Harus Ambil Kesempatan Selesai Isu Rakyat

pkr-mahu-khalid-berundur

Barisan Nasional (BN) Selangor harus mengambil kesempatan untuk membuktikan kemampuannya menyelesaikan isu rakyat ketika kerajaan Selangor berdepan krisis membabitkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata seorang pemerhati politik.

Zakhir Mohamed berkata sekarang adalah masa paling sesuai untuk pimpinan BN negeri memainkan peranan sebagai pembangkang yang konstruktif dengan meletakkan keselesaan dan kepentingan rakyat negeri itu sebagai keutamaan.

“Kemelut politik dalaman PKR secara tidak langsung menjejaskan pentadbiran Selangor, yang akan turut dirasai rakyatnya ketika mereka mahu pemimpin yang dipilih menjaga kebajikan rakyat seperti menangani krisis air.

“Ketika inilah pemimpin BN harus memainkan peranan itu (menyelesaikan masalah rakyat) daripada terperangkap menjadi ‘nasi tambah’ untuk keruhkan keadaaan,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu khas program Ruang Bicara terbitan Bernama TV yang membincang ‘Implikasi MB Selangor Kepada Rakyat’ di Wisma Bernama di sini, malam ini.

Turut menjadi panel dalam rancangan yang dikendalikan Dahlan Maamor itu ialah Pengerusi Biro Profesional Pemuda Umno Shahril Sufian Hamdan.

Zakhir, yang juga Bendahari Blog House Malaysia, berkata situasi itu juga perlu digunakan BN dengan sebaik-baiknya untuk membuat persiapan bagi menawan kembali negeri Selangor apabila menjelangnya Pilihanraya Umum ke-14.

Terdahulu, dalam program berkenaan, Zakhir menyifatkan agenda PKR untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebagai tidak lebih daripada ‘drama’ yang digarap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencapai matlamatnya menguasai pentadbiran negeri melalui isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dicalonkan mengisi jawatan itu.

Dalam pada itu, Shahril Sufian berkata isu siapa menjadi menteri besar bukan lagi tumpuan utama rakyat Selangor sebaliknya mereka mahu pemimpin yang dapat menyelesaikan pelbagai isu membabitkan kebajikan mereka.

“Isu denggi, masalah air dan kebersihan setempat merupakan masalah utama yang sedang dihadapi rakyat Selangor ketika ini. Sehingga kini Pakatan Rakyat masih tidak dapat menyelesaikannya sebaliknya bertumpu kepada menyelesaikan kemelut dalaman mereka,” katanya.

Baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada 20 Julai lepas menerima cadangan untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR mengisi jawatan itu.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN