Krisis MB Selangor: Dakwaan PKR Tidak Benar, Berniat Jahat, Keterlaluan – @Khalid_Ibrahim

khalid-tuanku-sultan-selangor

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Isnin menyifatkan dakwaan Parti Keadilan Rakyat terhadap integriti beliau sebagai tidak benar, berniat jahat dan keterlaluan.

“Saya memandang serius tuduhan salah laku ini dan menafikannya kerana tidak benar sama sekali,” katanya menerusi satu kenyataan media pada petang Isnin.

Khalid berkata demikian bagi mengulas kenyataan PKR yang akan mengedarkan nota penjelasan mengandungi masalah integriti beliau kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebagai alasan menggantikan kedudukannya dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Penjelasan dipercayai sepanjang lebih 50 muka surat yang ditulis oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan diedarkan kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat esok (Selasa).

Antara alasan yang terkandung dalam penjelasan itu membabitkan kes hutang Khalid sebanyak AS$18 juta (RM66.67 juta) dengan Bank Islam Malaysia untuk membeli saham syarikat ketika beliau menerajui Kumpulan Guthrie Berhad.

Selain itu, turut disenaraikan adalah penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor oleh Khalid kepada Eco World dengan harga lebih murah dari nilai pasaran.

Jelas Khalid, sekiranya dakwaan itu benar, Saifuddin dan PKR sepatutnya mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara dengan segera.

Malah, Khalid turut meminta Saifuddin untuk mendedahkan semua bukti bagi mengukuhkan segala dakwaan salah laku tersebut.

“Jika mereka gagal berbuat demikian, tindakan itu hanya akan mengundang kontroversi. Malah ia dilihat sebagai bermotifkan politik dan berniat jahat,” katanya.

Pada masa sama, Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang turut menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama sekiranya beliau disiasat.

“Saya berjanji akan memberikan segala komitmen untuk bekerjasama dalam apa jua siasatan terhadap saya.

“Saya ingin mengingatkan rakan-rakan supaya berhati-hati dalam membuat tuduhan kerana saya berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan,” katanya.

Pada masa sama, Khalid berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Selangor selain mentadbir negeri itu secara telus dan bertanggungjawab.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN