Krisis MB Selangor: PKR Buka Pekung MB Selangor, Hutang RM66.67 juta

azmin-khalid-saifuddin

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat penerangan secara bertulis kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat berhubung alasan untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, nota penjelasan yang merangkumi fakta kes melibatkan masalah intergriti itu Khalid akan diserahkan kepada semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada esok (Selasa).

Nota penjelasan sepanjang lebih 50 muka surat itu didakwa akan mendedahkan secara terperinci mengenai salah guna kuasa oleh Khalid sebagai Menteri Besar.

“Antara yang terkandung dalam nota tersebut adalah fakta kes membabitkan hutang Khalid sebanyak AS$18 juta (RM66.67 juta) dengan Bank Islam Malaysia untuk membeli saham syarikat ketika beliau menerajui Kumpulan Guthrie Bhd.

“Turut disenaraikan dalam nota itu adalah penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor oleh Khalid kepada Eco World dengan harga yang lebih murah daripada nilai pasaran untuk projek pembinaan rumah mampu milik,” katanya.

Saifuddin berkata, PKR pernah meminta penjelasan Khalid berhubung perkara itu tetapi masih belum mendapat jawapan memuaskan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Isnin.

Justeru, Saifuddin berkata, PKR akan menulis secara terperinci mengenai kes-kes tersebut dengan harapan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat akan mendapat gambaran lebih jelas mengenai alasan untuk menggugurkan Khalid.

“Kita harap penjelasan tersebut akan dapat membantu menyelesaikan kemelut ini dengan segera,” katanya.

Jelas beliau, keputusan untuk membuat penjelasan bertulis itu dibuat selepas pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ibrahim Tuan Man, minggu lalu.

“Dalam pertemuan itu, perkara yang kita sentuh sudah tentunya membabitkan isu yang hangat diperkatakan sekarang. Jadi kita dapati ada keperluan untuk PKR memberikan satu versi (pandangan) yang membawa kepada keputusan untuk meminta Khalid berundur,” katanya.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata, beliau tidak berkesempatan bertemu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebelum ini, Abdul Hadi mempertahankan Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar manakala Nik Aziz mempersoalkan tindakan PKR mahu memecat Khalid.

Pada masa sama, Saifuddin berkata, Wan Azizah tetap menjadi calon pilihan Pakatan Rakyat untuk menggantikan Khalid walaupun timbul pelbagai khabar angin mengenai kemelut tersebut.

“Dalam mesyuarat biro politik PKR pada Ahad, semua anggota bersetuju dengan keputusan tersebut. Malah DAP dan PAS juga setuju calon menteri besar adalah dari PKR.

“Tidak timbul nama lain. Apa saja spekulasi berkaitan calon menteri besar yang tersebar, saya anggap ia sebagai berita sampingan. Keputusan kekal dengan Wan Azizah,” katanya.

Ketika ditanya mengenai pandangan penganalisis politik yang beranggapan kemelut ini akan menjejaskan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang, Saifuddin mengakui ia sedikit sebanyak memberi kesan dari segi sokongan rakyat.

“Kita hormati semua pandangan, sebab itu sebagai respons kita terhadap pelbagai maklum balas, kita harus cepat menyelesaikan isu ini. Kita mohon kerjasama Khalid untuk menghormati keputusan parti yang telah dibuat,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN