#MH17: Anwar sokong Najib berunding secara peribadi dengan pemberontak

wpid-mh17-serah-kotak-hitam.jpg
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berunding terus dengan pemimpin puak pemisah pro Rusia Alexander Borodai.
Anwar ketika perbahasan usul tergempar mengutuk insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini berkata, beliau menyedari Najib terpaksa berunding dengan Borodai demi menjaga kepentingan rakyat yang terkorban.

“Tindakan perdana menteri berunding dengan pemberontak sudah pasti akan mengundang kontroversi, tetapi saya memilih untuk menyokong.

“Sebab saya rasa mana-mana pemimpin memilih menjaga kepentingan rakyat terkorban. Saya fikir tiada jalan keluar melainkan memujuk kepada kumpulan pemisah yang menjaga kawasan berkenaan,” kata Anwar dalam ucapan perbahasan usul berkenaan.

Usul tergempar mengutuk insiden yang mengorbankan 289 penumpang dan anak kapal pesawat MH17 itu bakal menyaksikan 12 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan 10 ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) diberi peluang berbahas dengan tempoh masa 10 minit seorang.

Sementara itu, DAP juga turut menyuarakan sokongan kepada Najib atas tindakan berani beliau yang berjaya memecahkan kebuntuan mendapatkan mayat penumpang dan kotak hitam pesawat MH17.

Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berkata, meskipun mengakui kemungkinan risiko perdana menteri berunding dengan individu yang tidak diiktiraf sebagai sebuah negara, keutamaan perlu diberikan bagi mendapatkan kotak hitam dan mayat penumpang.

“Tetapi saya rasa ia berbaloi, ” kata Lim dalam perbahasannya.

“Kita perlu dapatkan mayat dan kotak hitam untuk dapatkan keadilan buat mereka,” katanya.

Lim berkata, Malaysia juga harus bijak mengelakkan diri daripada terperangkap dengan krisis geopolitik di kawasan berkenaan antara Rusia dan Ukraine.

“Kami memahami Malaysia terjerat antara perebutan kuasa, kita juga tidak mahu terperangkap,” katanya dan menambah akan terus menyokong MAS untuk masa hadapan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â