Titah Murka: Khalid Samad mungkin dipanggil Jawatankuasa Disiplin parti #WayangPAS

Dr Ahmad Yunus Hairi
Dr Ahmad Yunus Hairi

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berkemungkinan dipanggil Jawatankuasa Disiplin parti itu ekoran titah murka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadapnya.

Menurut Yang Di Pertua PAS Kuala Langat, Dr Ahmad Yunus Hairi pihaknya akur dengan titah baginda Sultan yang melahirkan kekecewaan dan kesal kepada Khalid yang membuat kenyataan terbuka mempertikaikan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Tambahnya lagi, beliau tidak menolak kemungkinan Khalid akan dipanggil pihak parti bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara terbabit.

“Tuanku sebagai ketua agama negeri baginda berhak untuk melihat kesemuanya ini dan kita sebagai rakyat, kita kena akur atas titah tuanku dan ditegur, tidak kiralah untuk pemimpin ataupun rakyat. Kalau tidak kita akan tersasar jauh kalau tidak ditegur.

“Di peringkat parti kita ada Jawatankuasa Disiplin, jadi kita biar jawatankuasa tersebut yang putuskan.

“Mungkin akan dibincangkan, saya rasa mungkin perkara ini akan ada dalam perbincangan di peringkat parti,” katanya ketika ditemui di dalam Majlis Perasmian Masjid Sepang oleh Sultan Selangor pada Selasa.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, tindakan Khalid itu seolah-olah bersikap biadap kerana menentang kuasa

baginda sebagai Ketua Agama Islam Negeri apabila wakil rakyat PAS itu mempersoalkan kuasa MAIS.

Baginda turut menyifatkan Khalid jahil mengenai peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu baginda dalam menjalankan kuasa sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor.

Kekesalan dan kecewa terhadap kenyataan Khalid yang tidak bertanggungjawab itu diluahkan baginda secara terbuka menerusi titahnya di majlis tersebut.

Khalid seperti dilaporkan media pada 18 Jun lalu mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mahu ia dihapuskan ekoran isu rampasan bible dalam bahasa Malaysia milik Persekutuan Bible Malaysia kerana menggunakan kalimah Allah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Walaupun Jabatan Peguam Negara mengarahkan kes itu tutup, MAIS enggan memulangkan semula ke semua bible yang dirampas dan mahu ia dilakukan mengikut proses undang-undang.

Sikap tegas MAIS ini menimbulkan rasa tidak puas hati Khalid lalu mengkritik MAIS dan mencadangkan kuasa eksekutif majlis itu yang dilihat rapat dengan istana dikurangkan.

Yunus yang juga Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam tidak memberikan sebarang respons ketika diajukan soalan sama ada beliau terkejut dengan isi kandungan titah Sultan yang murka terhadap rakan separtinya itu.

Sebaliknya beliau hanya memberikan respon, “Kita akur dengan titah Sultan ini, dan Tuanku pun dah bagi nasihat selepas ini kena berhati-hati dalam membuat kenyataan melibatkan isu-isu yang berkaitan dengan agama Islam,” katanya yang juga Adun PAS Sijangkang itu.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN